Thursday, October 4, 2012

Soohoo briyani masala

Pagi ini aku teringin nak makan yang berat kerana sudah seminggu aku makan yang ringan2 aje...jadi seperti biasa aku jengok apa yang ada dalam fridge....dan akhirnya aku buat keputusan untuk masak soohoon briyani masala

Bahan nya



2 cekak soohoon di rendam dgn air panas dah kembang angkat dan toskan
2 ulas bawang merah d hiris halus
2 ulas bawang putih d chopped
Satu sudu rempah briyani masala
2 sudu besar tairu
Sedikit kunyit
Udang d bersihkan dan gaul gula dan garam
Daging potong halus2 untuk buat rencah
Sedikit daun ketumbar dan daun sop untuk d hiasan
Sedikit bawang goreng
1 biji bawang besar d potong besar seperti acar

Caranya

Tumis bawang merah dan putih sampai wangi kemudian campurkan rempah briyani masala kacau sampai rata dan naik wangi nya. Jika perlu tambah sedikit air dan tumis naik wangi nya. Taruh daging tairu dan udang...taburkan sedikit garam dan gula. Kemudian bubuh soohoon yg dah rendam tadi, bawang besar dan kacau semua nya sampai sebati....untuk kuningkan sikit bubuh sedikit aje kunyit kacau dan angkat...

Hidangan bubuh daun sop, daun ketumbar dan sedikit , bawang goreng dan sedikit kismis....dan bleh d makan untuk 2 orang ke 3 orang.