Friday, November 25, 2011

Spagetti Kari Ikan Tuna

Selepas magrib perut ku terasa lapar, tinggal seorang saja di rumah rasa malas pula nak masak tetapi untuk keluar rumah mencari makanan lagi rasa malas...mahu tak mahu aku terpaksa juga masak untuk mengisi perut yang telah mengeluarkan musik2 yang rock!!!

Seperti biasa ku selongkar cabinet dapur ku dan fridge aku nampak ada spagetti aku keluarkan sedikit dan rebus...aku jumpa ikan tuna....mmm aku kata dalam hati ku buat spagetti ikan tuna lah....

Tapi terfikirlak hanya ikan tuna tak rasa pedas pula lalu ku selongkar lagi dalam fridge aku jumpa santan dalam kotak, bunga kantan, daun kesum....mmmm aku dapat idea lama juga aku tak makan laksa johore apa kata aku buat seolah2 laksa johore cuma aku ubah suaikan kari nya.... dan hasil nya aku masak spagetti kari ikan tuna.....

Bahan nya

secekak spagetti rebus hingga kembang bubuh 1/2 sudu besar minyak dan toskan

Sos nya

1/2 packet kari ikan
1/2 kotak santan atau 1/2 biji santan
1 tin ikan tuna
1 biji buah tomato di potong dadu
1 labu bawang besar di potong dadu
2 ulas bawang putih di potong dadu
sedikit daun kesum dan bunga kantan
1 sudu besar tomato puri
1 sudu besar tomato sos
sedikit minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa
sedikit bawang besar di hiris halus untuk di tabur
daun salad di hiris untuk di tabur
sebiji limau kasturi untuk perahan
chili hijau di hiris dan untuk di tabur

Caranya

Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar putih bila wangi masukkan serbuk kari dan campurkan air sedikit ...tumis hingga garing campurkan tomato yg di potong dadu tadi biarkan ianya larut.  Bila kari dah naik minyak masukkan air sedikit dan masukkan tomato puri, tomato sos biarkan hingga agak2 kering kemudian masukkan kan ikan tuna yg di dalam tin dan masukkan santan masak perlahan2 di atas dapur hingga naik minyak masukkan garam dan gula secukup rasa...

Bila dah masak angkat dan boleh lah di bubuh atas spagetti yang telah di toskan di atas pinggan, boleh lah hiaskan dengan daun salad, hirisan bawang dan limau kasturi...

Kalau ada daun pudina boleh lah bubuh dalam kari tadi...tapi seperti aku katakan aku masak apa yang ada aje ...jadi tidak lah lengkap sangat....tidak rugi untuk mencuba satu kelainan sikit.

Friday, November 18, 2011

Mee Udang Special

Pagi tadi aku tengok kawan ku dari fb upload gambar2 Mee Udang yang dia makan di Penang, aku punya lah terliur hingga terbayang2 udang yg besar2 tu.  Aku tengok lagi gambar dan cuba bayangkan apa yang ada dalam mee tu, lalu apa lagi dengan semangat berkobar2 aku pergi pasar dan beli bahan2 nya. Aku cuba lah masak seperti yang terpapar di gambar tu....alangkah bagus rakan yang upload gambar tu ada  bersama dan rasa mee aku ini...tapi apa2 pun suami ku kata sedap dan habis semangkuk besar kami makan hehehehe....

Bahan2 nya

1/2 bungkus mee kuning
2 sudu besar chili giling atau blend
5 ulas bawang putih di cincang
2 biji bawang besar di cincang
2 ke 3 sudu besar tomato puri
2 ke 3 sudu besar tomato sauce
1 biji telur
1 sudu teh tepung jagung di campur dengan air
1/2 kilo udang besar
secekak sayur sawi
sedikit daun bawang dan daun soup di hiris
chili hijau di hiris
dan 1 biji bawang besar di mayang halus
bawang goreng untuk di hiasan
sedikit minyak untuk menumis
garam dan gula merah secukup rasa kalau suka boleh bubuh ikan bilis cube (tak perlu garam atau tambah sikit sahaja garam
limau kasturi untuk rasa masam sikit
Cara nya

(A)
Udang di bersih kan dan di rebus bila mendidih atau masak angkat jangan rebus terlalu lama airnya di campurkan sedikit gula dan garam
Air rebusan udang di simpan
Siangkan udang itu seperti buang kepala nya, janggut nya agar nampak udang itu kemas tetapi semua bahan udang yg di buang itu di blend and tapis ambil airnya kemudian di campurkan pada air rebusan udang itu semula.

(B)
Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih serta besar yg telah di cincang tadi, kemudian bila dah wangi masukan chili yang di blend tadi....bila dah garing masukkan air rebusan dan tapisan udang masak hingga mendidih, masukkan tomato puri, tomato sauce tadi....masak hingga agak2 pekat dan pecah kan sebiji telur kacau lagi, kemudia masuk kan air tepung jagung tadi,  campurkan sayur, hirisan chili hijau dan udang yang telah di rebus tadi dan seterusnya mee dan angkat jangan tunggu terlalu lama nanti kembang mee nya.

Untuk hiasan taburkan bawang goreng, bawang besar yang di mayang halus, daun bawang dan daun soup di potong halus serta chili hijau dan perahkan limau kasturi dan makan panas2. 

Senang kan? perlu di ingat resipi ni lebih kurang untuk 2 hingga 4 orang, kalau ramai boleh lah tambah lagi ramuan nya dan sesiapa yang suka pedas boleh tambah chili nya lagi, kalau yang suka merah menyala tambahkan tomato puri...

Perbelanjaan tadi lebih kurang RM30 dan boleh di makan untuk empat atau lima orang...aku pernah makan di kedah kalau tak silap  untuk 4 orang berharga lebih kurang RM90 jadi elok lah kita masak sendiri dan sesuaikan lagi untuk selera kita.

Tips nya bila makan di luar cuba rasa dengan lidah dan teka apa ramuan nya dan kalau rajin cari resepi nya di internet dan cuba ubah suai dengan apa yang telah kita rasa....

Selamat mencuba....