Saturday, September 10, 2011

Soo Hoon

Soo Hoon atau glass noodles sangat sedap di makan di buat sop soo hoon bersama ubi kentang dan telur pun sedap..selalu nya kita buat mee hoon goreng, apa kata kita tukar kan pada soo hoon goreng sangat sedap....

Baru2 ni aku ada cuba buat Kerabu Soo Hoon dan hasil nya sangat sedap....habis semangkuk besar kami makan. Rasa nya tidak jemu, masam2 manis pun ada.

Bahan nya

1 cekak soo hoon di rendam dengan air panas hingga kembang
Udang hidup di gaul dengan garam dan gula kemudian rebus dan toskan (jangan rebus terlalu lama agak2 dah masak angkat)
2 batang serai di hiris halus
1 batang bunga kantan di hiris halus
1 cekak daun kalsum di hiris halus
2 labu bawang besar di hiris halus
1 biji chili merah di hiris halus
5 biji chili padi di hiris halus
sedikit daun ketumbar di potong halus
2 biji limau kasturi di perah air
1 genggam ikan bilis halus di goreng hingga garing
2 sudu teh sos ikan
sedikit gula

Kesemua bahan tadi di gaul hingga mesra.


Sangat sedap di makan bersama nasi atau begitu sahaja

                                  Soo Hoon Goreng di goreng seperti kita masak Mee Hoon Goreng

Friday, September 2, 2011

Durian Goreng

Lepas magrib tadi adik beradik ku datang rumah.  Mereka bagi tau pun last minute jadi aku pun tak sempat nak masak apa2 yang istimewa...aku buka fridge ada apa yang boleh jamu mereka dan akhir nya aku jumpa satu tupperware isi durian yang telah aku beku kan.  Aku bawa keluar dan buat durian goreng....apa lagi licin habis mereka makan, selain dari itu aku sempat goreng samosa yang frozen aku beli dari supermarket...aku sempat buat kerepek pisang dan juga goreng pisang....itu lah makanan2 yang aku jamu pada mereka...alhamdulillah apa yang aku hidangkan semua habis di makan.  Aku pelawa juga nak masak nasi dan makan lauk2 yang aku masak petang tadi seperti masak lemak pisang, sayur goreng dan juga rendang ayam...tetapi mereka lebih suka makan makanan ringan yang bergoreng.....

Bahannya
Isi Durian
sedikit gula dan garam
Tepung goreng pisang
Minyak untuk mengoreng

Cara nya

Lenyekkan isi durian itu bersama gula dan garam simpan dalam freezer.

Bila durian itu dah beku potong empat segi dan celupkan dengan tepung goreng pisang.  Adunan tepung  atau batter tu biar lah agak2 sederhana tak cair dan tak juga pekat.

Selamat mencuba.