Saturday, September 10, 2011

Soo Hoon

Soo Hoon atau glass noodles sangat sedap di makan di buat sop soo hoon bersama ubi kentang dan telur pun sedap..selalu nya kita buat mee hoon goreng, apa kata kita tukar kan pada soo hoon goreng sangat sedap....

Baru2 ni aku ada cuba buat Kerabu Soo Hoon dan hasil nya sangat sedap....habis semangkuk besar kami makan. Rasa nya tidak jemu, masam2 manis pun ada.

Bahan nya

1 cekak soo hoon di rendam dengan air panas hingga kembang
Udang hidup di gaul dengan garam dan gula kemudian rebus dan toskan (jangan rebus terlalu lama agak2 dah masak angkat)
2 batang serai di hiris halus
1 batang bunga kantan di hiris halus
1 cekak daun kalsum di hiris halus
2 labu bawang besar di hiris halus
1 biji chili merah di hiris halus
5 biji chili padi di hiris halus
sedikit daun ketumbar di potong halus
2 biji limau kasturi di perah air
1 genggam ikan bilis halus di goreng hingga garing
2 sudu teh sos ikan
sedikit gula

Kesemua bahan tadi di gaul hingga mesra.


Sangat sedap di makan bersama nasi atau begitu sahaja

                                  Soo Hoon Goreng di goreng seperti kita masak Mee Hoon Goreng

No comments:

Post a Comment