Tuesday, May 31, 2011

Mee Udang

Mee udang ada lah salah satu makanan orang China...Memang sedap..aku pernah makan di semasa aku di sekolah lagi...dulu2 Operator kantin disekolah menengah ramai dari kaum China...jadi tidak hairan lah aku sangat suka pada masakan China, remaja semua pakai balun aje orang sekarang kata...tapi itu lah hakikat nya...Kesedaran pada penjagaan makan tidak sangat di ambil berat...termasuk diriku..Tapi sekarang memang aku sangat memilih makanan kerana aku tahu kadang2 hati kita menjadi gelap salah satu sebab nya ialah dari pemakanan kita yang tidak tentu halal nya.

Okay resipi ini aku ambil dari rakan ku En. Anuar...ternyata beliau ni memang pandai masak dan suka mencuba...seperti Laksa Nyonya aku sangat suka makan Mee Udang ini begitu dengan keluarga ku, kerana kata mereka tidak jemu dan tidak berlemak.  Jom kita cuba....


Mee Udang (for 8 portion)

(A) Bahan untuk dikisar:

30 tangkai cili kering
20 biji bawang merah
10 biji bawang putih
3 batang serai
1x1.5 inci belacan

Bahan perisa sop udang:

2++ kiub ikan bilis
1 keping asam gelugur
Sedikit gula melaka
Garam - jika perlu

1 kg udang (saiz sederhana)

*didihkan 15 cawan air kemudian masukkan udang yg telah dibersihkan dan biarkan sehingga udang bertukar warna kemudian keluarkan. ketepikan air rebusan (jangan buang) kopek kulit udang setelah sejuk dan asingkan.

Panaskan minyak, masukkan bahan yg dikisar dikacau sehingga naik minyak, masukkan kulit udang dan di kacau dengan api moderate sehingga kulit udang betul-betul gareng bersama bahan yg dikisar. Masukkan air rebusan udang, asam gelugur, kiub ikan bilis dan sedikit gula melaka.

Renih sop lebih kurang 1 jam, lebih lama lebih baik untuk mendapatkan rasa udang. Tambah perisa dan garam jika perlu.
Keluarkan (tapis) kulit udang dengan tapisan kasar.

Hidangkan mee kuning dengan kangkung, taugeh, bebola ikan, tahu goreng dan isi udang yg telah direbus sebelumnya. Taburkan bawang goreng dan daun bawang yg dihiris sbg garnishing.

Penting: jangan tambah asam gelugur lebeh dari 1 dan jangan terlebih gula.

option: sediakan lebihan rempah (A) untuk sesiapa yg suka pedas dengan ditambah dengan perahan limau kasturi (asingkan) limau dan sambal semasa menghidang.
 
Selamat mencuba...

Saturday, May 28, 2011

Laksa Nyonya

Salah satu makanan kegemaran ku ada lah laksa...semua jenis laksa aku suka, dari asam laksa, laksa johor, laksa kelantan dan lain kesemua nya aku suka, tapi paling aku suka ada lah Assam Laksa cara masakan orang Cina....puas aku cuba mendapatkan resipinya tapi tak dapat....aku makan dan cuba rasa apa isi kandungan nya...dan cuba tapi tak dapat sama apa yang seperti ku makan....dan akhir nya ada seorang rakan ku En. Anuar Nuruddin telah memberi aku resipi Laksa Nyonya....tanpa membuang masa aku cuba resipi nya dan aku sangat berpuas hati kerana resipi ini yang aku cari.......telah 2 kali aku memasak nya dan habis setiap kali aku masak....dan kesemua tetamu yang merasa nya mengatakan sungguh enak.  Terima kasih  sekali lagi En. Anuar...jasa mu tetap ku kenang semoga Allah membalas jasa mu.... dan di sini  ku kongsi kan bersama hasil rahsia dari En. Anuar semoga menafaat untuk kita dan juga beliau...panjang2 kan ilmu katanya....

                                                        Memang sedap dan senang di masak
LAKSA NYONYA
 (lebih kurang 10 sajian)

Bahan (A)
2 tin sardin (Cap Ayam atau Mekerel) dibuang sos dan hancurkan
1 biji nanas (dicingcang)

Bahan (C)
3 batang bunga kantan (belah 4)
Secekak daun kesom
½ cawan otak udang (prawn paste)
½ cawan pes asam jawa (Adabi)
4 keping asam gelugur
4 kiub ikan bilis (Maggi)

Garam dan gula melaka secukup rasa
15 cawan air

Bahan dikisar (B)

30 tangkai cili kering
30 biji bawang merah
2 inci halia
5 batang serai
½ inci lengkuas (jangan lebih)
1 sudu teh serbok jintan manis
1 sudi teh serbok jintan putih

Cara nya : -
Panaskan ½ cawan minyak dan masukkkan bahan (B) yg telah dikisar halus dan kacau sehingga pecah minyak dan masukkan Bahan (A) kacau sehingga nanas nampak layu kemudian masukkan air dan Bahan (C) renih lebih kurang ½ jam dan keluarkan asam keping (JANGAN TERLEBIH MASAM), Finishing Taste - tambah garam dan gula melaka jika perlu (kuah mesti ada rasa sedikit manis).

Hidangkan dengan Laksa beras atau Meehoon (jika Suka) dengan ulam seperti timun, bawang besar,  dan daun2 yang kita suka yang biasa kita makan untuk laksa sepert daun pudina, salad, daun selasih..
Selamat mencuba...tidak rugi mencuba memang berbaloi :-)

Friday, May 27, 2011

Sandwich Tuna

Pagi ni dok fikir apa nak buat untuk berserapan pagi ni...dan akhir nya bercadang nak goreng telur bersama bake beans dan sausage....aku pergi dapur dan mula dan buat persiapan sarapan pagi...tapi akhir nya fikiran berubah...dalam fridge ada lebihan tuna, dan juga roti...lalu aku tukar fikiran buat sandwich tuna cara ku, aku ambil apa yang ada dalam fridge tu aku campurkan untuk membuat sandwich....jangan membazir...

bahan nya :-

4 keping roti
1 sudu besar tuna dalam tin
1 sudu kecil mayonis rendah lemak
2 biji chili padi
1/2 biji chili hijau/merah
1/2 biji bawang besar yg sederhana besar nya
sedikit butter atau sandwich spread untuk di sapukan pada roti
sedikit timun dan lobak merah
sebiji limau kasturi

Cara nya

bawang besar, chili2, lobak merah di cincang atau potong dadu halus.
tuna di hancurkan dan di campurkan dengan mayonis dan juga bahan2 yang di potong dadu
campurkan jadi rata dan perah asam limau.

Roti di sapukan dengan butter atau sandwich spread, aku sapukan sandwich spread aje... dan bubuh tuna yang telah campurkan bahan2 yg di potong dadu tadi..dan bubuh timun serta keju kalau ada....mmm yummy....

Kalau nak beli dua keping sandwich macam ni dengan secawan kopi di restuaran  mungkin harga nya RM6 atau RM7....kerana aku ingat aku makan sandwich lebih kurang macam ni 10 tahun yang lepas harga nya RM5.80....jimat kan kalau buat sendiri dan boleh ikut selera kita juga.

Kalau suka cuba lah dan buat gaya sendiri....

 

Thursday, May 26, 2011

Salam Perkenalan

Di samping blog ku teratak maya, sekarang ku lebarkan sayap ke teratak selera....Dahulunya aku sangat suka memasak kerana anak2 ku suka makan masakan aku dan aku tidak mampu untuk makan di luar selalu...tetapi dari hari kehari mereka membesar...dan tidak bersama ku lagi...aku dah mula malas memasak dan selalu kami makan di luar. Lama kelamaan aku mula rasa jemu makan di luar dan aku cuba masak sendiri dengan cara ku sendiri dan ada dari  resipi kawan2 ku.   Aku berpendapat walaupun simple masakan ku tapi menepati selera ku dan cara yang sihat....Jom rakan2 ku apakata kita masak dan kurangkan makan di luar....di mana masakan sendiri lebih bersih dan berqualiti.... Aku akan kongsikan resipi2 yang ku masak samada dari ku sendiri atau dari kawan2 atau dari buku2....jika anda ingin mencuba silakan dan harap blog ini akan memberi idea pada rakan2 sekelian bila kita kehabisan idea apa yang nak masak .....

Hingga ketemu lagi aku akan selitkan resipi yg telah ku masak bersama gambar2 untuk tatapan anda.....

Salam sayang semua....