Thursday, May 26, 2011

Salam Perkenalan

Di samping blog ku teratak maya, sekarang ku lebarkan sayap ke teratak selera....Dahulunya aku sangat suka memasak kerana anak2 ku suka makan masakan aku dan aku tidak mampu untuk makan di luar selalu...tetapi dari hari kehari mereka membesar...dan tidak bersama ku lagi...aku dah mula malas memasak dan selalu kami makan di luar. Lama kelamaan aku mula rasa jemu makan di luar dan aku cuba masak sendiri dengan cara ku sendiri dan ada dari  resipi kawan2 ku.   Aku berpendapat walaupun simple masakan ku tapi menepati selera ku dan cara yang sihat....Jom rakan2 ku apakata kita masak dan kurangkan makan di luar....di mana masakan sendiri lebih bersih dan berqualiti.... Aku akan kongsikan resipi2 yang ku masak samada dari ku sendiri atau dari kawan2 atau dari buku2....jika anda ingin mencuba silakan dan harap blog ini akan memberi idea pada rakan2 sekelian bila kita kehabisan idea apa yang nak masak .....

Hingga ketemu lagi aku akan selitkan resipi yg telah ku masak bersama gambar2 untuk tatapan anda.....

Salam sayang semua....

No comments:

Post a Comment