Tuesday, May 31, 2011

Mee Udang

Mee udang ada lah salah satu makanan orang China...Memang sedap..aku pernah makan di semasa aku di sekolah lagi...dulu2 Operator kantin disekolah menengah ramai dari kaum China...jadi tidak hairan lah aku sangat suka pada masakan China, remaja semua pakai balun aje orang sekarang kata...tapi itu lah hakikat nya...Kesedaran pada penjagaan makan tidak sangat di ambil berat...termasuk diriku..Tapi sekarang memang aku sangat memilih makanan kerana aku tahu kadang2 hati kita menjadi gelap salah satu sebab nya ialah dari pemakanan kita yang tidak tentu halal nya.

Okay resipi ini aku ambil dari rakan ku En. Anuar...ternyata beliau ni memang pandai masak dan suka mencuba...seperti Laksa Nyonya aku sangat suka makan Mee Udang ini begitu dengan keluarga ku, kerana kata mereka tidak jemu dan tidak berlemak.  Jom kita cuba....


Mee Udang (for 8 portion)

(A) Bahan untuk dikisar:

30 tangkai cili kering
20 biji bawang merah
10 biji bawang putih
3 batang serai
1x1.5 inci belacan

Bahan perisa sop udang:

2++ kiub ikan bilis
1 keping asam gelugur
Sedikit gula melaka
Garam - jika perlu

1 kg udang (saiz sederhana)

*didihkan 15 cawan air kemudian masukkan udang yg telah dibersihkan dan biarkan sehingga udang bertukar warna kemudian keluarkan. ketepikan air rebusan (jangan buang) kopek kulit udang setelah sejuk dan asingkan.

Panaskan minyak, masukkan bahan yg dikisar dikacau sehingga naik minyak, masukkan kulit udang dan di kacau dengan api moderate sehingga kulit udang betul-betul gareng bersama bahan yg dikisar. Masukkan air rebusan udang, asam gelugur, kiub ikan bilis dan sedikit gula melaka.

Renih sop lebih kurang 1 jam, lebih lama lebih baik untuk mendapatkan rasa udang. Tambah perisa dan garam jika perlu.
Keluarkan (tapis) kulit udang dengan tapisan kasar.

Hidangkan mee kuning dengan kangkung, taugeh, bebola ikan, tahu goreng dan isi udang yg telah direbus sebelumnya. Taburkan bawang goreng dan daun bawang yg dihiris sbg garnishing.

Penting: jangan tambah asam gelugur lebeh dari 1 dan jangan terlebih gula.

option: sediakan lebihan rempah (A) untuk sesiapa yg suka pedas dengan ditambah dengan perahan limau kasturi (asingkan) limau dan sambal semasa menghidang.
 
Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment