Friday, May 27, 2011

Sandwich Tuna

Pagi ni dok fikir apa nak buat untuk berserapan pagi ni...dan akhir nya bercadang nak goreng telur bersama bake beans dan sausage....aku pergi dapur dan mula dan buat persiapan sarapan pagi...tapi akhir nya fikiran berubah...dalam fridge ada lebihan tuna, dan juga roti...lalu aku tukar fikiran buat sandwich tuna cara ku, aku ambil apa yang ada dalam fridge tu aku campurkan untuk membuat sandwich....jangan membazir...

bahan nya :-

4 keping roti
1 sudu besar tuna dalam tin
1 sudu kecil mayonis rendah lemak
2 biji chili padi
1/2 biji chili hijau/merah
1/2 biji bawang besar yg sederhana besar nya
sedikit butter atau sandwich spread untuk di sapukan pada roti
sedikit timun dan lobak merah
sebiji limau kasturi

Cara nya

bawang besar, chili2, lobak merah di cincang atau potong dadu halus.
tuna di hancurkan dan di campurkan dengan mayonis dan juga bahan2 yang di potong dadu
campurkan jadi rata dan perah asam limau.

Roti di sapukan dengan butter atau sandwich spread, aku sapukan sandwich spread aje... dan bubuh tuna yang telah campurkan bahan2 yg di potong dadu tadi..dan bubuh timun serta keju kalau ada....mmm yummy....

Kalau nak beli dua keping sandwich macam ni dengan secawan kopi di restuaran  mungkin harga nya RM6 atau RM7....kerana aku ingat aku makan sandwich lebih kurang macam ni 10 tahun yang lepas harga nya RM5.80....jimat kan kalau buat sendiri dan boleh ikut selera kita juga.

Kalau suka cuba lah dan buat gaya sendiri....

 

No comments:

Post a Comment