Friday, November 18, 2011

Mee Udang Special

Pagi tadi aku tengok kawan ku dari fb upload gambar2 Mee Udang yang dia makan di Penang, aku punya lah terliur hingga terbayang2 udang yg besar2 tu.  Aku tengok lagi gambar dan cuba bayangkan apa yang ada dalam mee tu, lalu apa lagi dengan semangat berkobar2 aku pergi pasar dan beli bahan2 nya. Aku cuba lah masak seperti yang terpapar di gambar tu....alangkah bagus rakan yang upload gambar tu ada  bersama dan rasa mee aku ini...tapi apa2 pun suami ku kata sedap dan habis semangkuk besar kami makan hehehehe....

Bahan2 nya

1/2 bungkus mee kuning
2 sudu besar chili giling atau blend
5 ulas bawang putih di cincang
2 biji bawang besar di cincang
2 ke 3 sudu besar tomato puri
2 ke 3 sudu besar tomato sauce
1 biji telur
1 sudu teh tepung jagung di campur dengan air
1/2 kilo udang besar
secekak sayur sawi
sedikit daun bawang dan daun soup di hiris
chili hijau di hiris
dan 1 biji bawang besar di mayang halus
bawang goreng untuk di hiasan
sedikit minyak untuk menumis
garam dan gula merah secukup rasa kalau suka boleh bubuh ikan bilis cube (tak perlu garam atau tambah sikit sahaja garam
limau kasturi untuk rasa masam sikit
Cara nya

(A)
Udang di bersih kan dan di rebus bila mendidih atau masak angkat jangan rebus terlalu lama airnya di campurkan sedikit gula dan garam
Air rebusan udang di simpan
Siangkan udang itu seperti buang kepala nya, janggut nya agar nampak udang itu kemas tetapi semua bahan udang yg di buang itu di blend and tapis ambil airnya kemudian di campurkan pada air rebusan udang itu semula.

(B)
Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih serta besar yg telah di cincang tadi, kemudian bila dah wangi masukan chili yang di blend tadi....bila dah garing masukkan air rebusan dan tapisan udang masak hingga mendidih, masukkan tomato puri, tomato sauce tadi....masak hingga agak2 pekat dan pecah kan sebiji telur kacau lagi, kemudia masuk kan air tepung jagung tadi,  campurkan sayur, hirisan chili hijau dan udang yang telah di rebus tadi dan seterusnya mee dan angkat jangan tunggu terlalu lama nanti kembang mee nya.

Untuk hiasan taburkan bawang goreng, bawang besar yang di mayang halus, daun bawang dan daun soup di potong halus serta chili hijau dan perahkan limau kasturi dan makan panas2. 

Senang kan? perlu di ingat resipi ni lebih kurang untuk 2 hingga 4 orang, kalau ramai boleh lah tambah lagi ramuan nya dan sesiapa yang suka pedas boleh tambah chili nya lagi, kalau yang suka merah menyala tambahkan tomato puri...

Perbelanjaan tadi lebih kurang RM30 dan boleh di makan untuk empat atau lima orang...aku pernah makan di kedah kalau tak silap  untuk 4 orang berharga lebih kurang RM90 jadi elok lah kita masak sendiri dan sesuaikan lagi untuk selera kita.

Tips nya bila makan di luar cuba rasa dengan lidah dan teka apa ramuan nya dan kalau rajin cari resepi nya di internet dan cuba ubah suai dengan apa yang telah kita rasa....

Selamat mencuba....




No comments:

Post a Comment