Saturday, August 6, 2011

Kari Kambing dan Nasi Briyani Masala

Hari ini suami ku meminta ku memasak kari kambing dan nasi briyani untuk berbuka puasa...aku pun turuti perintah atas kehendak nya, lagi pun aku pun gemar juga makan kari kambing ni.....suami ku pergi membeli kambing dan buah tomato serta daun pudina...kerana bahan2 yang lain  aku kira ada di rumah.....

Aku sempat singgah ke pasar Chow Kit untuk membeli belah sedikit mana tau ada barang2 yang ku rasa patut ku tambah stok di rumah...memang betul aku nampak rempah ratus di bungkus rapi seperti jintan putih, jintan manis, buah keras dan sebagainya....seronok juga sekali sekala ku pergi pasar ni macam2 ada...yang sebenar nya Pasar Chow Kit ni sangat berdekatan di pejabat ku hanya berjalan kaki sahaja tapi boleh di kira berapa kali lah aku singgah ke sana...kerana kesuntukan masa dan sudah semesti aku tidak akan pergi kepasar waktu rehat kerana takut badan ku bau pasar...busuk nanti puas rakan2 kerja ku tutup hidung hehehehe.. 

Nasi Briyani Masala

2 cawan beras kalau boleh beras mathi
2 cawan air
3/4 cawan susu cair
sedikit kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih
2 sudu besar rempah masala briyani (boleh beli di kedai India atau di pasaraya)
1 biji buah tomato yang potong2 halus atau empat terpulang lah

Bahan yang di blend
10 biji bawang merah
5 biji bawang putih
seketul halia

sehelai daun pandan
secekak daun pudina
secekak daun ketumbar

1/2 cawan minyak
1 sudu minyak sapi
1 sudu butter

garam secukup rasa

Cara memasak nya

Basuh beras dan toskan
Panaskan periuk dan masukan minyak masak dan panaskan, kemudian masukan juga minyak sapi...
tumiskan bahan2 yang di blend berserta kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga.. bila dah wangi masukkan juga rempah briyani masala dan  biarkan naik minyak...aku juga masukkan sedikit lemak2 kambing...dan juga buah tomato yang sudah di potong.

Bila rempah dah naik bau nya campurkan air, susu dan juga beras serta daun pandan serta garam secukupnya.

Biarkan mendidih hampir masak campurkan daun pudina dan daun ketumbar bila nasi dah masak masuk kan seketul butter dan kacau, tutup sebentar bila butter dah mesra dengan nasi  bolehlah  di hidang bersama kari kambing.

Kari Kambing

1 kilo daging kambing ada sedikit lemak2 nya
2 biji ubi kentang
1 batang lobak merah
1 paket kari daging
sedikit kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang  dan bunga cengkih
1 biji buah tomato

Bahan untuk di blend
15 biji bawang merah
7 biji bawang putih
1 ketul besar halia
1/2 sudu teh jintan putih
1/2 sudu teh jintan manis

1/2 biji santan
1/2 cawan susu cair
2 sudu yogurt atau tairu
1 sudu tomato puri
1 helai daun pandan
secekak daun pudina
secekak daun ketumbar
1 biji chili hijau
1 biji chili merah
1 biji buah tomato di potong 4
minyak untuk menumis
1 ketul butter
sedikit garam dan gula merah secukup rasa

Cara  nya

Daging kambing di potong2 tidak terlalu besar atau kecil sederhana sahaja
dan basuh di perap kan sedkit sesudu besar dengan bahan diblend

Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan2 seperi kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih serta lebihan bahan2 yang di blend tadi  dan naik wangi nya campurkan kari daging tadi...perlahan kan api biar kan kari tu naik wangi nya jika agak kering campurkan sedikit air...campurkan daging yang di perap tadi dan ubi kentang, lobak merah serta sebiji buah tomato yang di potong2 dan juga daun pandan campurkan sedikit air lagi agar kari tu jangan kering.

Biarkan daging sampai empuk begitu juga dengan ubi kentang dan lobak merah...sambil2 tu tengok2 lah jangan kari tu sampai kering....tambah2 lah sedikit air...bila semua dah empuk campurkan tairu tadi, susu cari dan juga santan serta sesudu tomato puri.....pelahan kan api...bila semua dah naik minyak dan bau harum masukan secekak daun pudina dan daun ketumbar, chili merah dan hijau.  Biarkan sampai masak dan semua dah masak bubuh seketul butter dan tutup periuk. 

Nota :  Kari ni tidak terlalu pekat atau cair...jadi tengok2 lah semasa masak tu jangan terlalu kering sebelum masukkan tairu, susu cair dan santan..




Nasi briyani sedap di makan dengan kari kambing dan papadom serta ulaman timun, buah tomato dan daun pudina.



No comments:

Post a Comment