Thursday, August 18, 2011

Kuih Lapis Daging

Alhamdulillah bulan puasa ni jarang aku membeli makanan dari luar kerana mungkin faktor umur tekak dah mula cerewet untuk menikmati makanan...Selalu aku tidak puas hati dengan makanan di luar...Hari ini aku teringin nak makan Kuih Lapis Daging...aku tidak ada resipi nya tapi aku cuba buat dan alhamdulillah menjadi juga tetapi rupa tak lah berapa cantik dan aku sudah dapat tau di mana silap nya....

Bahan nya

Biskut Cream Crackers
Susu Cair atau susu segar
400g minced meat (daging cincang boleh di beli dari supermarket)
1 sudu teh jintan manis - di tumbuk kasar
1 sudu teh jintan putih - di tumbuk kasar
1 sudu teh rempah kurma (ini terpulang kalau suka campurkan)
1 sudu teh ketumbar biji (pilih yang kecil kerana baunya lebih sedap) - di tumbuk kasar
1 sudu teh lada hitam di tumbuk halus dan sedikit lada sulah
1 biji bawang besar
2 biji bawang merah (kalau tak ada pun tak apa)
2 ulas bawang putih
2 biji telur di pukul seperti buat telur dadar
1/2 batang lobak merak jika suka
sedikit daun sop dan daun ketumbar
2 sudu besar minyak masak untuk menumis daging
garam dan gula secukup rasa
sedikit keju untuk di taburkan keatas biskut lapisan yang teratas (keju terpulang lah cheddar cheese pun boleh  dan ini terpulang juga jika tidak suka keju tak payah bubuh)
1 biji telur di pukul dan taburkan ke atas biskut lapisan yang teratas

Cara nya

Biskut cream crackers di rendam ke dalam susu hingga kembang tapi jangan hancur

Bawang2 di potong cube kecil
Lobak merah di potong halus
dau sop dan minyak di potong halus

panas kan minyak masak tumis kan  jintan manis, jintan putih dan ketumbar biji hingga naik bau nya dan masukkan bawang2 yang di potong cube kecil itu dan masukkan juga rempah kurma, ...kemudian campurkan daging cincang itu dan tumis hingga masak. masukan lobak merah, daun sop dan ketumbar kacau semula dan campurkan lada hitam dan lada sulah... dan bila daging dah betul2 masak angkat dan sejukkan. Jangan lupa masukkan garam dan gula secukup rasa.

Telur di pukul seperti buat telur dadar masukkan sedikit garam ...campurkan semua daging cincang yang di masak tadi.

Ambil loyang..sapukan butter sedikit kemudian aturkan biskut cream crackers yang di rendam elok2 bagi selapis....bila di aturkan dengan baik masukkan sebahagian daging cincang yang di campur telur ke atas nya....bila dah selarikan atur  lagi biskut cream crackers yang di rendam dengan susu tadi seperti mula2 tadi.....masukkan semula daging tadi...dan seperti tadi bila dah rata tutup dengan biskut cream crackers

Taburkan sedikit cheese atas biskut tadi dan 1 biji telur yang telah di pukul ke atas biskut cream crackers tadi...boleh  dan bakar 200 degree lebih kurang 15 minit ke 20 minit.

Apabila sudah masak sejukkan dan boleh di potong persegi2 .




Perhatian...Biskut itu hendak lah di rendam hingga betul2 kembang agar dia lembut tapi jangan sampai pecah.  Jika di rendam dengan susu cair kurang kan garam.  Tetapi kalau di rendam dengan susu segar bubuh lah garam seperti biasa.

Kuih lapis daging yang di buat ini ada sedikit kekurangan sebab biskut nya tidak cukup lembut
ketika di aturkan di lapisan yang teratas....

Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment