Sunday, July 17, 2011

Kurma Ayam

Selama lebih kurang 10 hari aku tiada di negara tercinta ini...jadi kami makan apa yang ada sahaja semasa bercuti di negara Western Australia....kadang2 aku goreng jemput2 di rumah yang aku tumpangi untuk bawa bekal dan juga mee hoon goreng dan sebagainya...kerana agak sukar mencari makanan mengikut selera kita di sana terutama di selatan Western Australia....

Bila pulang ke tanah air kami suami isteri terlalu gian sangat nak makan makanan kita...sampai dalam kapal terbang terus order nasi lemak....tiba di tanah air kami terus berhenti di R n R Dengkil dan makan satay di sana...mmm selera sungguh kami...

Pada hari minggu (semalam) suami ku menyuruh aku masak dan makan bersama anak dan cucu.....jadi kami bercadang masak kurma ayam dan aku pun tulis lah apa yang patut di beli....aku masak kurma ayam, sambal belacan dan ulam2 itu sahaja hidangan kami tapi punya lah berselera kami makan anak beranak..habis satu periuk besar kurma ayam dan sambal belacan serta ulam2.....

Bahan nya

2 ekor ayam
2 paket serbuk kurma
1/2 biji santan
1 1/2 cawan susu cair (kalau mahu lemak tambah lagi susu cair)
1 cawan cawan tairu atau yogurt
2 sudu besar tomato puree
20 biji bawang merah
5 biji bawang putih
5 inci halia
5 biji ubi kentang (ikut suka) - potong 4
1 biji lobak merah (ikut suka) potong panjang2 lebih kurang 2 inci
3 biji buah tomato (ikut suka) potong 4
3 biji chili hijau dan 2 biji chili merah - belah dua tapi tak putus
sedikit daun sop dan daun ketumbar - potong panjang2
sedikit kulit kayu manis,bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga
garam dan sedikit gula secukup rasa
minyak sapi dan minyak masak

Cara nya

(a)  bawang merah, putih dan halia di kisar
(b) ayam potong ikut suka size nya dan di cuci serta di perap dengan 1 paket rempah kurma selama lebih kurang 1/2 jam


Panas kan periuk dengan minyak lebih kurang 1 cawan  dan 2 sudu besar minyak sapi.  Tumis bahan (a) dan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga naik wangi kemudian masukkan rempah kurma 1 paket (boleh di campur air atau tumis terus dari paket itu) kerana bawang itu akan melarut kan rempah tersebut.

Bila dah naik wangi masukan ayam yang di gaul dengan rempah tadi dan perlahan kan api serta tutup periuk sebentar.  Bila sudah 1/2 masak ayam campurkan ubi kentang, serta santan, tairu atau yogurt dan susu cair tadi serta tomato puree.  Biarkan ayam agak masak dan ubi kentang sudah empok  baru  campurkan lobak, cili hijau dan merah, buah tomato daun sop dan ketumbar...garam dan gula secukup rasa.bila sudah masak campurkan lagi satu sudu minyak sapi dan perlahankan api.

Masak dan hidang dengan nasi.  Kurma ini aku ambil dari resipi abah ku...kerana kurma nya lain dari yang lain sangat sedap dan lemak...kerana mengandungi susu cair, santan (sedikit aje) tomato puree dan juga minyak sapi...

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment