Sunday, July 3, 2011

NASI JAGUNG


Hari ini aku balik dari membeli belah untuk anak aku yang jauh di perantauan....aku terasa penat terus ku bersolat dan rehat sebentar dan akhir nya tertidur...sedar2 sudah pukul tiga petang...Perut rasa sangat lapar tapi tidak ada makanan..Aku terus buka fridge dan tengok apa yang ada boleh masak..Tiba2 aku teringat resepi kawan ku Anuar bagi tempoh hari...NASI JAGUNG...baik aku masak nasi jagung hari ini...kerana aku pun jarang makan nasi..dan aku juga perhatikan apa yang boleh di masak untuk buat lauk nya.  Akhir nya aku bercadang masak NASI JAGUNG dan KARI UDANG serta CENONGENG GORENG....perut tengah lapar habis sepinggan aku makan nasi jagung berserta lauk2 nya.  Resepi kawan aku Anuar ni selalu nya menjadi dan sedap di makan....selamat mencuba....

Nasi Jagung
4 cawan beras basmathi
2 cawan jagung

Penumis – (a)
½ cawan minyak jagung
2 helai daun pandan
2 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
6 biji buah pelaga

Dikisar – (b)
2 labu bawang besar
3 cm halia
6 ulas bawang putih

3 cawan air (atau mengikut sukatan biasa)
1 cawan susu cair

Letakkan beras dan jagong di dlm tapisan, siram dan ditoskan

Panaskan minyak jagung dan masukkan rempah penumis (a) kacau sebentar dan masukkan bahan yg dikisar (b) kacau sehingga kuning keemasan, masukkan air dan susu (c) dan garam secukup rasa tunggu sehingga mendidih, masukkan campuran beras dan jagung, Biarkan nasi masak seperti biasa.

Peringatan:

Jika menggunakan periuk nasi elektrik, gunakan kaedah yg sama seperti memasak nasi biasa kecuali tumisan hendaklah dibuat berasingan kemudian barulah dicampurkan kedalam periok nasi bersama-sama beras jagung, air dan susu.

No comments:

Post a Comment