Friday, November 25, 2011

Spagetti Kari Ikan Tuna

Selepas magrib perut ku terasa lapar, tinggal seorang saja di rumah rasa malas pula nak masak tetapi untuk keluar rumah mencari makanan lagi rasa malas...mahu tak mahu aku terpaksa juga masak untuk mengisi perut yang telah mengeluarkan musik2 yang rock!!!

Seperti biasa ku selongkar cabinet dapur ku dan fridge aku nampak ada spagetti aku keluarkan sedikit dan rebus...aku jumpa ikan tuna....mmm aku kata dalam hati ku buat spagetti ikan tuna lah....

Tapi terfikirlak hanya ikan tuna tak rasa pedas pula lalu ku selongkar lagi dalam fridge aku jumpa santan dalam kotak, bunga kantan, daun kesum....mmmm aku dapat idea lama juga aku tak makan laksa johore apa kata aku buat seolah2 laksa johore cuma aku ubah suaikan kari nya.... dan hasil nya aku masak spagetti kari ikan tuna.....

Bahan nya

secekak spagetti rebus hingga kembang bubuh 1/2 sudu besar minyak dan toskan

Sos nya

1/2 packet kari ikan
1/2 kotak santan atau 1/2 biji santan
1 tin ikan tuna
1 biji buah tomato di potong dadu
1 labu bawang besar di potong dadu
2 ulas bawang putih di potong dadu
sedikit daun kesum dan bunga kantan
1 sudu besar tomato puri
1 sudu besar tomato sos
sedikit minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa
sedikit bawang besar di hiris halus untuk di tabur
daun salad di hiris untuk di tabur
sebiji limau kasturi untuk perahan
chili hijau di hiris dan untuk di tabur

Caranya

Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar putih bila wangi masukkan serbuk kari dan campurkan air sedikit ...tumis hingga garing campurkan tomato yg di potong dadu tadi biarkan ianya larut.  Bila kari dah naik minyak masukkan air sedikit dan masukkan tomato puri, tomato sos biarkan hingga agak2 kering kemudian masukkan kan ikan tuna yg di dalam tin dan masukkan santan masak perlahan2 di atas dapur hingga naik minyak masukkan garam dan gula secukup rasa...

Bila dah masak angkat dan boleh lah di bubuh atas spagetti yang telah di toskan di atas pinggan, boleh lah hiaskan dengan daun salad, hirisan bawang dan limau kasturi...

Kalau ada daun pudina boleh lah bubuh dalam kari tadi...tapi seperti aku katakan aku masak apa yang ada aje ...jadi tidak lah lengkap sangat....tidak rugi untuk mencuba satu kelainan sikit.

Friday, November 18, 2011

Mee Udang Special

Pagi tadi aku tengok kawan ku dari fb upload gambar2 Mee Udang yang dia makan di Penang, aku punya lah terliur hingga terbayang2 udang yg besar2 tu.  Aku tengok lagi gambar dan cuba bayangkan apa yang ada dalam mee tu, lalu apa lagi dengan semangat berkobar2 aku pergi pasar dan beli bahan2 nya. Aku cuba lah masak seperti yang terpapar di gambar tu....alangkah bagus rakan yang upload gambar tu ada  bersama dan rasa mee aku ini...tapi apa2 pun suami ku kata sedap dan habis semangkuk besar kami makan hehehehe....

Bahan2 nya

1/2 bungkus mee kuning
2 sudu besar chili giling atau blend
5 ulas bawang putih di cincang
2 biji bawang besar di cincang
2 ke 3 sudu besar tomato puri
2 ke 3 sudu besar tomato sauce
1 biji telur
1 sudu teh tepung jagung di campur dengan air
1/2 kilo udang besar
secekak sayur sawi
sedikit daun bawang dan daun soup di hiris
chili hijau di hiris
dan 1 biji bawang besar di mayang halus
bawang goreng untuk di hiasan
sedikit minyak untuk menumis
garam dan gula merah secukup rasa kalau suka boleh bubuh ikan bilis cube (tak perlu garam atau tambah sikit sahaja garam
limau kasturi untuk rasa masam sikit
Cara nya

(A)
Udang di bersih kan dan di rebus bila mendidih atau masak angkat jangan rebus terlalu lama airnya di campurkan sedikit gula dan garam
Air rebusan udang di simpan
Siangkan udang itu seperti buang kepala nya, janggut nya agar nampak udang itu kemas tetapi semua bahan udang yg di buang itu di blend and tapis ambil airnya kemudian di campurkan pada air rebusan udang itu semula.

(B)
Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih serta besar yg telah di cincang tadi, kemudian bila dah wangi masukan chili yang di blend tadi....bila dah garing masukkan air rebusan dan tapisan udang masak hingga mendidih, masukkan tomato puri, tomato sauce tadi....masak hingga agak2 pekat dan pecah kan sebiji telur kacau lagi, kemudia masuk kan air tepung jagung tadi,  campurkan sayur, hirisan chili hijau dan udang yang telah di rebus tadi dan seterusnya mee dan angkat jangan tunggu terlalu lama nanti kembang mee nya.

Untuk hiasan taburkan bawang goreng, bawang besar yang di mayang halus, daun bawang dan daun soup di potong halus serta chili hijau dan perahkan limau kasturi dan makan panas2. 

Senang kan? perlu di ingat resipi ni lebih kurang untuk 2 hingga 4 orang, kalau ramai boleh lah tambah lagi ramuan nya dan sesiapa yang suka pedas boleh tambah chili nya lagi, kalau yang suka merah menyala tambahkan tomato puri...

Perbelanjaan tadi lebih kurang RM30 dan boleh di makan untuk empat atau lima orang...aku pernah makan di kedah kalau tak silap  untuk 4 orang berharga lebih kurang RM90 jadi elok lah kita masak sendiri dan sesuaikan lagi untuk selera kita.

Tips nya bila makan di luar cuba rasa dengan lidah dan teka apa ramuan nya dan kalau rajin cari resepi nya di internet dan cuba ubah suai dengan apa yang telah kita rasa....

Selamat mencuba....




Friday, October 28, 2011

Nasi Lemak Planta

Pagi tadi aku teringin nak makan nasi lemak masakan sendiri, simple aje tak banyak lauk dan seperti biasa aku jengok lah Fridge ada apa2 bahan untuk memasak nasi lemak.

Aku lihat ada sekotak santan, planta, dan ikan bilis serta telur dan timun....mmm kata ku cukup untuk masak nasi lemak yang simple cuma aku ubah kan sikit aku bubuh sedikit planta.


Cara nya

2 cawan beras (di basoh dan toskan)
1 kotak kecil santan
3 ulas bawang merah di hiris halus
2 ulas bawang putih di hiris halus
sedikit halia di ketuk2
2 helai daun pandan di ikat simpul
sedikit garam secukup rasa.
sesudu besar planta

Masukkan semua bahan tadi dan tanak nasi dengan rice cooker.  Bila Nasi dah masak campurkan sesudu besar planta dan biarkan.

Nasi akan menjadi berkilat sedikit sebab sudah di gaulkan dengan planta....rasa nasi ni seperti nasi lemak biasa dan sangat sedap.  Biasanya nasi ini boleh tahan sampai kemalam..

Bahan nya
Sambal Ikan Bilis
segenggam ikan bilis yg sudah di basuh dan di buang kepala nya
30 biji cili kering di mesin dan campurkan sedikit aje belacan
1 cube ikan bilis stock
sedikit air asam jawa
minyak untuk menumis
gula merah dan garam secukup rasa
2 labu bawang besar di hiris kasar
5 biji bawang putih dan 5  biji bawang merah di hiris halus untuk menumis
sedikit air asam jawa (sedikit aje)

Cara nya

Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan merah hingga naik wangi dan  masukan cli kering yang di mesin tadi.....perlahan kan api masak cili hingga hilang naik wangi.  Bubuh ikan bilis dan ikan bilis stock biar kan hingga kering chili tadi masukkan sedikit air asam jawa. Jika kering air masukkan sedikit air masak hingga naik minyak nya agak2 dalam 1 jam lagi lama lagi sedap sambal nya. Bubuh bawang besar, gula merah secukup rasa dan biarkan bawang besar tu mesra dengan sambal.

Setelah masak nasi lemak planta boleh di hidang bersama sambal ikan bilis, sedikit kacang goreng , timun dan telur rebus...tetapi aku tambah kan lagi dengan ayam panggang.

Ayam Panggang yg paling ringkas

1/2 ekor ayam di bersihkan dan di potong sederhana size nya
sedikit halia tumbuk
bawang putih tumbuk
bawang merah tumbuk
1 sudu madu
1 sudu kicap manis
1 sudu kicap masin
1 sudu cuka

kesemua bahan2 tadi di gaul dan perapkan dengan ayam...masak di dalam oven atau microwave...klu microwave high dan masak selama 20 minit sahaja.   Kalau oven kepanasan dalam 200 selama 45 minit.

Naaah pagi tadi dapat makan nasi lemak planta bersama sambal ikan bilis dan ayam panggang....kenyangnya hingga tengahari ni..hehehehe






Saturday, September 10, 2011

Soo Hoon

Soo Hoon atau glass noodles sangat sedap di makan di buat sop soo hoon bersama ubi kentang dan telur pun sedap..selalu nya kita buat mee hoon goreng, apa kata kita tukar kan pada soo hoon goreng sangat sedap....

Baru2 ni aku ada cuba buat Kerabu Soo Hoon dan hasil nya sangat sedap....habis semangkuk besar kami makan. Rasa nya tidak jemu, masam2 manis pun ada.

Bahan nya

1 cekak soo hoon di rendam dengan air panas hingga kembang
Udang hidup di gaul dengan garam dan gula kemudian rebus dan toskan (jangan rebus terlalu lama agak2 dah masak angkat)
2 batang serai di hiris halus
1 batang bunga kantan di hiris halus
1 cekak daun kalsum di hiris halus
2 labu bawang besar di hiris halus
1 biji chili merah di hiris halus
5 biji chili padi di hiris halus
sedikit daun ketumbar di potong halus
2 biji limau kasturi di perah air
1 genggam ikan bilis halus di goreng hingga garing
2 sudu teh sos ikan
sedikit gula

Kesemua bahan tadi di gaul hingga mesra.


Sangat sedap di makan bersama nasi atau begitu sahaja

                                  Soo Hoon Goreng di goreng seperti kita masak Mee Hoon Goreng

Friday, September 2, 2011

Durian Goreng

Lepas magrib tadi adik beradik ku datang rumah.  Mereka bagi tau pun last minute jadi aku pun tak sempat nak masak apa2 yang istimewa...aku buka fridge ada apa yang boleh jamu mereka dan akhir nya aku jumpa satu tupperware isi durian yang telah aku beku kan.  Aku bawa keluar dan buat durian goreng....apa lagi licin habis mereka makan, selain dari itu aku sempat goreng samosa yang frozen aku beli dari supermarket...aku sempat buat kerepek pisang dan juga goreng pisang....itu lah makanan2 yang aku jamu pada mereka...alhamdulillah apa yang aku hidangkan semua habis di makan.  Aku pelawa juga nak masak nasi dan makan lauk2 yang aku masak petang tadi seperti masak lemak pisang, sayur goreng dan juga rendang ayam...tetapi mereka lebih suka makan makanan ringan yang bergoreng.....

Bahannya
Isi Durian
sedikit gula dan garam
Tepung goreng pisang
Minyak untuk mengoreng

Cara nya

Lenyekkan isi durian itu bersama gula dan garam simpan dalam freezer.

Bila durian itu dah beku potong empat segi dan celupkan dengan tepung goreng pisang.  Adunan tepung  atau batter tu biar lah agak2 sederhana tak cair dan tak juga pekat.

Selamat mencuba.




Thursday, August 18, 2011

Kuih Lapis Daging

Alhamdulillah bulan puasa ni jarang aku membeli makanan dari luar kerana mungkin faktor umur tekak dah mula cerewet untuk menikmati makanan...Selalu aku tidak puas hati dengan makanan di luar...Hari ini aku teringin nak makan Kuih Lapis Daging...aku tidak ada resipi nya tapi aku cuba buat dan alhamdulillah menjadi juga tetapi rupa tak lah berapa cantik dan aku sudah dapat tau di mana silap nya....

Bahan nya

Biskut Cream Crackers
Susu Cair atau susu segar
400g minced meat (daging cincang boleh di beli dari supermarket)
1 sudu teh jintan manis - di tumbuk kasar
1 sudu teh jintan putih - di tumbuk kasar
1 sudu teh rempah kurma (ini terpulang kalau suka campurkan)
1 sudu teh ketumbar biji (pilih yang kecil kerana baunya lebih sedap) - di tumbuk kasar
1 sudu teh lada hitam di tumbuk halus dan sedikit lada sulah
1 biji bawang besar
2 biji bawang merah (kalau tak ada pun tak apa)
2 ulas bawang putih
2 biji telur di pukul seperti buat telur dadar
1/2 batang lobak merak jika suka
sedikit daun sop dan daun ketumbar
2 sudu besar minyak masak untuk menumis daging
garam dan gula secukup rasa
sedikit keju untuk di taburkan keatas biskut lapisan yang teratas (keju terpulang lah cheddar cheese pun boleh  dan ini terpulang juga jika tidak suka keju tak payah bubuh)
1 biji telur di pukul dan taburkan ke atas biskut lapisan yang teratas

Cara nya

Biskut cream crackers di rendam ke dalam susu hingga kembang tapi jangan hancur

Bawang2 di potong cube kecil
Lobak merah di potong halus
dau sop dan minyak di potong halus

panas kan minyak masak tumis kan  jintan manis, jintan putih dan ketumbar biji hingga naik bau nya dan masukkan bawang2 yang di potong cube kecil itu dan masukkan juga rempah kurma, ...kemudian campurkan daging cincang itu dan tumis hingga masak. masukan lobak merah, daun sop dan ketumbar kacau semula dan campurkan lada hitam dan lada sulah... dan bila daging dah betul2 masak angkat dan sejukkan. Jangan lupa masukkan garam dan gula secukup rasa.

Telur di pukul seperti buat telur dadar masukkan sedikit garam ...campurkan semua daging cincang yang di masak tadi.

Ambil loyang..sapukan butter sedikit kemudian aturkan biskut cream crackers yang di rendam elok2 bagi selapis....bila di aturkan dengan baik masukkan sebahagian daging cincang yang di campur telur ke atas nya....bila dah selarikan atur  lagi biskut cream crackers yang di rendam dengan susu tadi seperti mula2 tadi.....masukkan semula daging tadi...dan seperti tadi bila dah rata tutup dengan biskut cream crackers

Taburkan sedikit cheese atas biskut tadi dan 1 biji telur yang telah di pukul ke atas biskut cream crackers tadi...boleh  dan bakar 200 degree lebih kurang 15 minit ke 20 minit.

Apabila sudah masak sejukkan dan boleh di potong persegi2 .




Perhatian...Biskut itu hendak lah di rendam hingga betul2 kembang agar dia lembut tapi jangan sampai pecah.  Jika di rendam dengan susu cair kurang kan garam.  Tetapi kalau di rendam dengan susu segar bubuh lah garam seperti biasa.

Kuih lapis daging yang di buat ini ada sedikit kekurangan sebab biskut nya tidak cukup lembut
ketika di aturkan di lapisan yang teratas....

Selamat mencuba

Saturday, August 6, 2011

Kari Kambing dan Nasi Briyani Masala

Hari ini suami ku meminta ku memasak kari kambing dan nasi briyani untuk berbuka puasa...aku pun turuti perintah atas kehendak nya, lagi pun aku pun gemar juga makan kari kambing ni.....suami ku pergi membeli kambing dan buah tomato serta daun pudina...kerana bahan2 yang lain  aku kira ada di rumah.....

Aku sempat singgah ke pasar Chow Kit untuk membeli belah sedikit mana tau ada barang2 yang ku rasa patut ku tambah stok di rumah...memang betul aku nampak rempah ratus di bungkus rapi seperti jintan putih, jintan manis, buah keras dan sebagainya....seronok juga sekali sekala ku pergi pasar ni macam2 ada...yang sebenar nya Pasar Chow Kit ni sangat berdekatan di pejabat ku hanya berjalan kaki sahaja tapi boleh di kira berapa kali lah aku singgah ke sana...kerana kesuntukan masa dan sudah semesti aku tidak akan pergi kepasar waktu rehat kerana takut badan ku bau pasar...busuk nanti puas rakan2 kerja ku tutup hidung hehehehe.. 

Nasi Briyani Masala

2 cawan beras kalau boleh beras mathi
2 cawan air
3/4 cawan susu cair
sedikit kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih
2 sudu besar rempah masala briyani (boleh beli di kedai India atau di pasaraya)
1 biji buah tomato yang potong2 halus atau empat terpulang lah

Bahan yang di blend
10 biji bawang merah
5 biji bawang putih
seketul halia

sehelai daun pandan
secekak daun pudina
secekak daun ketumbar

1/2 cawan minyak
1 sudu minyak sapi
1 sudu butter

garam secukup rasa

Cara memasak nya

Basuh beras dan toskan
Panaskan periuk dan masukan minyak masak dan panaskan, kemudian masukan juga minyak sapi...
tumiskan bahan2 yang di blend berserta kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga.. bila dah wangi masukkan juga rempah briyani masala dan  biarkan naik minyak...aku juga masukkan sedikit lemak2 kambing...dan juga buah tomato yang sudah di potong.

Bila rempah dah naik bau nya campurkan air, susu dan juga beras serta daun pandan serta garam secukupnya.

Biarkan mendidih hampir masak campurkan daun pudina dan daun ketumbar bila nasi dah masak masuk kan seketul butter dan kacau, tutup sebentar bila butter dah mesra dengan nasi  bolehlah  di hidang bersama kari kambing.

Kari Kambing

1 kilo daging kambing ada sedikit lemak2 nya
2 biji ubi kentang
1 batang lobak merah
1 paket kari daging
sedikit kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang  dan bunga cengkih
1 biji buah tomato

Bahan untuk di blend
15 biji bawang merah
7 biji bawang putih
1 ketul besar halia
1/2 sudu teh jintan putih
1/2 sudu teh jintan manis

1/2 biji santan
1/2 cawan susu cair
2 sudu yogurt atau tairu
1 sudu tomato puri
1 helai daun pandan
secekak daun pudina
secekak daun ketumbar
1 biji chili hijau
1 biji chili merah
1 biji buah tomato di potong 4
minyak untuk menumis
1 ketul butter
sedikit garam dan gula merah secukup rasa

Cara  nya

Daging kambing di potong2 tidak terlalu besar atau kecil sederhana sahaja
dan basuh di perap kan sedkit sesudu besar dengan bahan diblend

Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan2 seperi kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih serta lebihan bahan2 yang di blend tadi  dan naik wangi nya campurkan kari daging tadi...perlahan kan api biar kan kari tu naik wangi nya jika agak kering campurkan sedikit air...campurkan daging yang di perap tadi dan ubi kentang, lobak merah serta sebiji buah tomato yang di potong2 dan juga daun pandan campurkan sedikit air lagi agar kari tu jangan kering.

Biarkan daging sampai empuk begitu juga dengan ubi kentang dan lobak merah...sambil2 tu tengok2 lah jangan kari tu sampai kering....tambah2 lah sedikit air...bila semua dah empuk campurkan tairu tadi, susu cari dan juga santan serta sesudu tomato puri.....pelahan kan api...bila semua dah naik minyak dan bau harum masukan secekak daun pudina dan daun ketumbar, chili merah dan hijau.  Biarkan sampai masak dan semua dah masak bubuh seketul butter dan tutup periuk. 

Nota :  Kari ni tidak terlalu pekat atau cair...jadi tengok2 lah semasa masak tu jangan terlalu kering sebelum masukkan tairu, susu cair dan santan..




Nasi briyani sedap di makan dengan kari kambing dan papadom serta ulaman timun, buah tomato dan daun pudina.