Friday, June 10, 2011

Jemput2 carrot berjagung

Pagi ini aku akan berangkat ke Kuantan kerana hendak  berziarah keluarga ku yang berada di sana, tetapi sebelum berangkat aku sempat buat jemput2 carrot berjagung....

Bahan2 nya
Udang yang telah di kupas kulit nya bersihkan dan gaulkan dengan sedikit garam dan gula
1/2 biji carrot yang di potong halus atau parut kasar
2 sudu besar jagung
1 cawan tepung gandum
1/2 kuib ikan bilis
1 biji bawang besar/atau 4 biji bawang merah - di mayang halus
1 biji chili hijau - di potong halus
1 biji chili merah - di potong halus
 1 1/4 cawan air suam
1/2 sudu besar gula
Minyak untuk mengoreng
Cara nya

Kiub ikan bilis ini di campurkan dengan air suam
bahan2 lain semua di satukan dengan tepung dan gaul dan akhir nya di campurkan dengan air suam yang telah di campurkan dengan kiub ikan bilis.

Biarkan minyak panas dan goreng ikut suka...saya  lebih gemar goreng kecil2, dan jika jemput2 itu di goreng besar2 elok lah di potong sebelum makan.

Jemput2 ini sangat sedap di makan cicah dengan chili sos atau kuah kacang.

  

No comments:

Post a Comment