Sunday, June 19, 2011

Kuih Ubi Kayu

Yang sebenarnya aku tak tahu nama  kuih ni.  Aku pernah makan semasa aku menghadiri satu  mesyuarat baru2 ni dan mereka menghidang kuih ini di meja ku...Pada mula nya aku ingat kuih talam tetapi rupa nya bukan...aku makan sedikit dan rasa sangat enak dan cuba perhatikan apa isi kandungan nya serta merasa dengan lidah ku.  Dan akhir aku cuba membuat nya.  Rasa serupa tapi tidak berapa cantik dan kemas mungkin pertama kali buat....kira alhamdullilah menjadi lah kuih ni....sangat sedap di makan semasa minuman petang dengan kopi atau teh....


Bahan nya

Bawah nya (A)
1 kilo ubi kayu
1 sudu besar gula
1 sudu teh garam
dan air untuk merebus

Kesemua bahan di atas rebus bersama air hingga empuk.

Atas nya (B)

1 biji kelapa parut ambil putih nya sahaja
1 cawan gula merah atau melaka (ikut suka kalau suka manis tambah lagi gulanya)
2 sudu teh tepung jagung di bancur dengan setengah cawan air
Sedikit Esen Vanilla atau daun Pandan

kesemua bahan di di campur dan masak di atas dapur dengan api yang perlahan hingga kering air nya.

Bahan (A) di lenyik sampai hancur dan letak atas loyang tekan2kan nya seperti kita membuat nasi hempit dan biarkan.

Bahan (B) taruh atas bahan (A) tadi setelah di tekan2kan dan kelapa itu bagi rata.  Ratakan dengan daun pisang atau plastik....

Kemudian bakar dalam microwave selama 3 min sahaja atau pun dalam oven 10 min dengan suhu yang rendah.

Bila sejuk boleh potong seperti kuih talam.  Pada sesiapa yang suka makan ubi kayu memang rasa nya sangat sedap....selalu kita makan ubi rebus dengan kelapa sekali ini kita cuba buat seolah2 seperti kuih talam.



Seperti kata ku tadi kurang cantik dan kemas tapi insya Allah rasa nya sangat enak.

No comments:

Post a Comment