Friday, June 3, 2011

Mee Hoon Sop

Hari ini hari Jumaat, bermakna waktu rehat yang panjang.  Aku rasa  baik aku balik rumah dan makan di rumah.

Aku singgah di kedai untuk membeli sedikit sayur sayur sawi, bunga kobis dan juga brokoli....aku fikir baik aku buat sop sayur aje....dan mula buat persiapan untuk masak...tiba2 bila aku buka almari untuk mencari kube ikan bilis aku ternampak mee hoon, jadi aku tukar hajat ku untuk memasak mee hoon sop kenyang lah sikit sebab pagi tadi pun setakat minum shake cuppucino aje begitu juga semalam minum jus buah aje..

Aku buat persiapan untuk  masak mee hoon sop

Bahan nya

Sayur sawi, bunga kobis, brokoli dan lobak merah...kesemua ikut suka kita
Sedikit Mee hoon untuk sorang atau 2 orang  makan (sila pilih mee hoon keluaran dari Bernas)...aku yakin kebersihan dan halal dengan produk ini.
1/4 kube ikan bilis
udang (udang di buang kulit dan bersih kemudian di campurkan sedikit garam dan gula untuk mendapatkan kesegaran nya)
1 biji telur (dibersihkan)
3 ulas bawang putih di cincang halus
1/2 biji bawang besar di cincang halus
sedikit lada hitam yang telah di tumbuk halus
sedikit lada sulah
2 ke tiga biji chili padi di potong halus
2 keping tahu sea food

Cara nya

Tumis bawang putih dan besar hingga naik wangi nya kemudian di campurkan air masak campur kan kube ikan bilis, sedikit lada  hitam yang telah di tumbuk serta sedikit lada sulah masak hingga mendidih dan masukkan telur, udang,  sayuran dan juga mee hoon yang telah di rendam.  Bila dah masak hidang dan dan taburkan bawang goreng sedikit dan chili padi  di atas nya.   Mmmm bila makan berpeluh kerana kepanasan nya dan juga kepedasan nya di sebabkan campur chili padi.....






No comments:

Post a Comment