Wednesday, June 8, 2011

Mangga Lassi bermadu

Dalam minggu ni, memang berazam tidak mahu makan malam sekadar minum jus buah sahaja.  Untuk memperbagaikan cita rasa ku..malam ini aku buat Manggo Lassi madu....receipi ini diberi oleh rakan ku En. Anuar..kerana dia nampak aku rajin sangat buat jus buah yang berbagai2 ni....Memang sedap rasa nya tidak rugi kalau mencuba...kalau buat macam ni harga nya satu gelas di restuaran mewah mungkin lebih kurang 5 ke 6 atau lebih...dengan harga sebanyak itu kita boleh buat satu jug....


2 cawan mangga (2 biji) yg betul2 masak kupas dan hiris
1  cawan yogurt (x kira perasa apa pun)-tapi aku pilih perasa mangga juga
1/2 cawan Sunquick Tropicana (aku gantikan dengan sedikit hirisan buah betik, nenas dan perahan limau
4 camca besar madu (atau gula) ikut rasa kalau suka manis tambah lagi atau kurangkan jika tak suka manis

campurkan semua bahan ke dlm blender dan tambah air sehingga
3/4 penuh sukatan blender dan putar sehingga betul2 halus.

boleh dicampurkan dengan airbatu jika suka.

No comments:

Post a Comment