Thursday, June 23, 2011

Dim Sum ada lah makanan orang China dan sangat sedap di makan. Tetapi agak sukar mencari yang halal.  Aku dapati Dim Sum ini dari kawan ku, dan selalu nya Dim Sum ni orang stim atau pun goreng.  Oleh kerana aku terasa sangat lapar aku bercadang untuk membuat Dim Sum Soup.  Mmmm memang sedap..dan aku rasa kenyang selepas memakan nya semangkuk tak payah makan nasi yang sememang nya aku cuba elakkan.  Aku makan nasi hanya 2 atau 1 kali sahaja untuk seminggu.

Bahan nya

Frozen Dim Sum (boleh di beli dari supermarket dan pastikan ianya halal) aku dapati dari kawan yang di buat oleh orang Islam sendiri)
Carrot
Brokoli
Bunga Kobis
udang
telur sebiji
bawang putih
chili merah
chili hijau
daun soup dan daun  bawang
sedikit garam dan gula pencukup rasa (kalau bubuh kiub ikan bilis atau ayam tak perlu garam)
Sedikit serbuk lada hitam
(Bagi yang suka pedas boleh di tambah dengan chili padi tumbuk kasar2)

Cara nya

Sayur, chili,  semua di potong.
Didih kan air dan campurkan kesemua bahan tadi dan pecah kan telur.  Biarkan dia masak dan angkat kemudian taburkan daun soup dan daun bawang.

Senang kan? tak ada minyak di sini...sangat sesuai untuk orang macam aku atau orang berdiet jaga pemakanan. Makan panas2 memang sedap walaupun tanpa nasi.


Sunday, June 19, 2011

Kuih Ubi Kayu

Yang sebenarnya aku tak tahu nama  kuih ni.  Aku pernah makan semasa aku menghadiri satu  mesyuarat baru2 ni dan mereka menghidang kuih ini di meja ku...Pada mula nya aku ingat kuih talam tetapi rupa nya bukan...aku makan sedikit dan rasa sangat enak dan cuba perhatikan apa isi kandungan nya serta merasa dengan lidah ku.  Dan akhir aku cuba membuat nya.  Rasa serupa tapi tidak berapa cantik dan kemas mungkin pertama kali buat....kira alhamdullilah menjadi lah kuih ni....sangat sedap di makan semasa minuman petang dengan kopi atau teh....


Bahan nya

Bawah nya (A)
1 kilo ubi kayu
1 sudu besar gula
1 sudu teh garam
dan air untuk merebus

Kesemua bahan di atas rebus bersama air hingga empuk.

Atas nya (B)

1 biji kelapa parut ambil putih nya sahaja
1 cawan gula merah atau melaka (ikut suka kalau suka manis tambah lagi gulanya)
2 sudu teh tepung jagung di bancur dengan setengah cawan air
Sedikit Esen Vanilla atau daun Pandan

kesemua bahan di di campur dan masak di atas dapur dengan api yang perlahan hingga kering air nya.

Bahan (A) di lenyik sampai hancur dan letak atas loyang tekan2kan nya seperti kita membuat nasi hempit dan biarkan.

Bahan (B) taruh atas bahan (A) tadi setelah di tekan2kan dan kelapa itu bagi rata.  Ratakan dengan daun pisang atau plastik....

Kemudian bakar dalam microwave selama 3 min sahaja atau pun dalam oven 10 min dengan suhu yang rendah.

Bila sejuk boleh potong seperti kuih talam.  Pada sesiapa yang suka makan ubi kayu memang rasa nya sangat sedap....selalu kita makan ubi rebus dengan kelapa sekali ini kita cuba buat seolah2 seperti kuih talam.



Seperti kata ku tadi kurang cantik dan kemas tapi insya Allah rasa nya sangat enak.

Saturday, June 18, 2011

Mee Hoon Kungfu

Suami ku balik dari masjid, tiba2 kata dia lapar dan nak makan suruh aku masak....kesian lak aku tengok...jadi aku jenguk dalam fridge apa yang ada yang aku tahu banyak barang2 dah habis stok....aku tengok ada carrot, cendawan, tauhu telur dan udang dan satu biji chili merah ...jadi aku buat keputusan untuk masak mee hoon kungfu walaupun tak ada sayur hijau memadai lah dengan warna carrot dan chili merah...

Bahan nya
carrot
cendawan
tauhu telur - di goreng garing untuk di di tabur ke atas mee hoon
udang
telur
bawang putih - di tumbuk dengan belakang pisau dan potong halus
2 sudu kecil tepung jagung di campurkan dengan sedikit air
minyak masak
minyak bijan
mee hoon - di goreng dengan minyak yg banyak hingga kembang dan angkat  letak atas pinggan hidangan
sedikit stock ayam atau ikan bilis

Cara nya

Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, kemudian campurkan carrot, cendawan dan udang serta sedikit stok ayam atau ikan bilais....campurkan air agak2 1 cawan kemudian biarkan hingga mendidih dan pecahkan telur dan tepung jagung.  Bila dah masak masukkan dalam satu sudu kecil minyak bijan, agak2 dah pekat sedikit (jangan terlalu pekat) angkat kuah tu dan tuangkan ke mee hoon yang di goreng tadi, lepas tu taburkan tauhu telur yang dah goreng garing, bawang goreng.

Note :  Sayur2 boleh ikut suka dan lebih elok kalau ada sayur hijau seperti sawi
            rencah nya, selain udang, boleh di campur sotong dan isi ayam.

Mee Hoon Kungfu ini sangat sedap di makan panas2.


Friday, June 10, 2011

Jemput2 carrot berjagung

Pagi ini aku akan berangkat ke Kuantan kerana hendak  berziarah keluarga ku yang berada di sana, tetapi sebelum berangkat aku sempat buat jemput2 carrot berjagung....

Bahan2 nya
Udang yang telah di kupas kulit nya bersihkan dan gaulkan dengan sedikit garam dan gula
1/2 biji carrot yang di potong halus atau parut kasar
2 sudu besar jagung
1 cawan tepung gandum
1/2 kuib ikan bilis
1 biji bawang besar/atau 4 biji bawang merah - di mayang halus
1 biji chili hijau - di potong halus
1 biji chili merah - di potong halus
 1 1/4 cawan air suam
1/2 sudu besar gula
Minyak untuk mengoreng
Cara nya

Kiub ikan bilis ini di campurkan dengan air suam
bahan2 lain semua di satukan dengan tepung dan gaul dan akhir nya di campurkan dengan air suam yang telah di campurkan dengan kiub ikan bilis.

Biarkan minyak panas dan goreng ikut suka...saya  lebih gemar goreng kecil2, dan jika jemput2 itu di goreng besar2 elok lah di potong sebelum makan.

Jemput2 ini sangat sedap di makan cicah dengan chili sos atau kuah kacang.

  

Coconut shake

Tengahari ini aku rasa teringin nak buat coconut shake lalu ku minta pertolongan rakan2 kerja ku mencari buah kelapa muda, ice cream perasa vanilla dan ketulan ice....

Sukar juga mencari ice cream vanilla tu tapi aku dapat juga membeli ice cream berperisa vanilla tetapi ada sedikit campuran smarties.....tak apa lah fikirku vanilla melebihi smarties...so aku beli lah....

Bahan nya :-

Dua biji air kelapa muda dan isi nya
Ice Cream berperisa vanilla
ketulan ice...


Kesemua bahan tu di blender halus dan tuang dalam gelas, bila hidang campur lagi sedikit ice cream di atasnya.....mmm memang sedap ...cuba lah....


Wednesday, June 8, 2011

Mangga Lassi bermadu

Dalam minggu ni, memang berazam tidak mahu makan malam sekadar minum jus buah sahaja.  Untuk memperbagaikan cita rasa ku..malam ini aku buat Manggo Lassi madu....receipi ini diberi oleh rakan ku En. Anuar..kerana dia nampak aku rajin sangat buat jus buah yang berbagai2 ni....Memang sedap rasa nya tidak rugi kalau mencuba...kalau buat macam ni harga nya satu gelas di restuaran mewah mungkin lebih kurang 5 ke 6 atau lebih...dengan harga sebanyak itu kita boleh buat satu jug....


2 cawan mangga (2 biji) yg betul2 masak kupas dan hiris
1  cawan yogurt (x kira perasa apa pun)-tapi aku pilih perasa mangga juga
1/2 cawan Sunquick Tropicana (aku gantikan dengan sedikit hirisan buah betik, nenas dan perahan limau
4 camca besar madu (atau gula) ikut rasa kalau suka manis tambah lagi atau kurangkan jika tak suka manis

campurkan semua bahan ke dlm blender dan tambah air sehingga
3/4 penuh sukatan blender dan putar sehingga betul2 halus.

boleh dicampurkan dengan airbatu jika suka.

Tuesday, June 7, 2011

Jus Poligami

Sekarang ni mana2 kita pergi orang sibuk perkatakan cerita Salleh Yakob yang berkawin baru lagi...ada yang rasa gembira dan tidak kurang ada orang mencemuh juga....Itu rumah tangga orang kita pun tak tahu...apa yang kita harap dia bahagia di samping empat orang isterinya....


Jadi malam ni aku berhasrat untuk membuat jus buah...dan ini lah hasil nya...aku namakan JUS POLIGAMI  sempena heboh orang bercerita pasal poligami......rasa nya mmm yummmy yummy sedap ada manis dan masam sedikit seperti orang bermadu masam2 manis hehehhehe....

Bahan2 nya

1/2 biji buah betik yang kecil
1/4 biji nenas
2 sudu besar madu
ketulan ice

Kesemua bahan di blender sampai hancur

Friday, June 3, 2011

Mee Hoon Sop

Hari ini hari Jumaat, bermakna waktu rehat yang panjang.  Aku rasa  baik aku balik rumah dan makan di rumah.

Aku singgah di kedai untuk membeli sedikit sayur sayur sawi, bunga kobis dan juga brokoli....aku fikir baik aku buat sop sayur aje....dan mula buat persiapan untuk masak...tiba2 bila aku buka almari untuk mencari kube ikan bilis aku ternampak mee hoon, jadi aku tukar hajat ku untuk memasak mee hoon sop kenyang lah sikit sebab pagi tadi pun setakat minum shake cuppucino aje begitu juga semalam minum jus buah aje..

Aku buat persiapan untuk  masak mee hoon sop

Bahan nya

Sayur sawi, bunga kobis, brokoli dan lobak merah...kesemua ikut suka kita
Sedikit Mee hoon untuk sorang atau 2 orang  makan (sila pilih mee hoon keluaran dari Bernas)...aku yakin kebersihan dan halal dengan produk ini.
1/4 kube ikan bilis
udang (udang di buang kulit dan bersih kemudian di campurkan sedikit garam dan gula untuk mendapatkan kesegaran nya)
1 biji telur (dibersihkan)
3 ulas bawang putih di cincang halus
1/2 biji bawang besar di cincang halus
sedikit lada hitam yang telah di tumbuk halus
sedikit lada sulah
2 ke tiga biji chili padi di potong halus
2 keping tahu sea food

Cara nya

Tumis bawang putih dan besar hingga naik wangi nya kemudian di campurkan air masak campur kan kube ikan bilis, sedikit lada  hitam yang telah di tumbuk serta sedikit lada sulah masak hingga mendidih dan masukkan telur, udang,  sayuran dan juga mee hoon yang telah di rendam.  Bila dah masak hidang dan dan taburkan bawang goreng sedikit dan chili padi  di atas nya.   Mmmm bila makan berpeluh kerana kepanasan nya dan juga kepedasan nya di sebabkan campur chili padi.....






Thursday, June 2, 2011

Mixed fruit Juice

Oleh kerana tengahari tadi makan nasi walaupun sedikit, bersama ikan patin, sayuran dan ulaman, jadi aku terpaksa lah ikat perut sebelah malam...kerana aku memang mengawal pemakanan aku...

Aku buka fridge tengok apa yang ada, dan aku nampak ada sebiji nenas kecil, buah "dragon fruit" dan juga buah apple...apalagi aku berhasrat buat mixed fruit juice....mmmm yummy yummy sedap dan rasa segar....

Bahan nya

Sebiji nenas masak yang kecil
Sebiji Apple
1/2 biji Dragon Fruit...

Kesemua nya aku potong dan campur kan dalam blender bersama ice cube...dan blend sampai hancur ice cube tu.. tuang kan dalam gelas dan untuk nampakkan seri nya aku bubur sedikit jam strawberry kerana dalam juice tu aku tidak bubuh gula pun.