Sunday, July 31, 2011

Kari Kepala Ikan

Suami ku teringin nak makan kari kepala ikan seperti masakan arwah ibu nya...aku pun suruh lah dia beli bunga kantan, daun kalsum dan juga daun kari....santan setengah biji.

Aku balik kerja terus ku ke dapur dan semua barang2 yang ku pinta ada di dapur. Ku bersihkan ikan dan perahkan asam limau serta gaulkan garam dan perap kan untuk hilangkan bau hanyir ikan itu.

Cara memasak Kari Kepala Ikan seperti biasa sahaja.  Aku kira semua orang boleh masak kari ikan....cuma beza nya aku campurkan sikit bunga kantan, daun kalsum dan juga daun kari....

Bahan nya

2 sudu besar serbuk kari ikan
15 biji bawang merah
5 biji bawang putih
seketul kecil halia
2 biji buah tomato
3 biji chili hijau
1 kuntum bunga kantan
sedikit daun kalsum
sedikit daun kari
kepala ikan merah atau jenahak
1 sudu teh jintan putih dan manis - di tumbuk halus
1 cawan minyak masak

sedikit asam jawa ikut selera kalau suka masam bubuh banyak dan perah kan dalam air
1/2 biji santan

cara nya
bawang putih, bawang merah dan halia di blend

Tumis bawang dan halia yang di blend dan daun kari hingga naik wangi, kemudian masuk kan serbuk kari serta jintan manis dan putih yang telah di tumbuk.  Perlahan kan api dan tutup periuk.  Masak hingga kari  naik minyak atau wangi. 

Masukkan 1 biji tomato yang di potong 4...masak kari itu hingga tomato larut...masukkan 2 cawan asam jawa.  Masukkan bunga kantan dan daun kalsum..  Biar lah kari itu mendidih.

Bila mendidih bubuh kepala ikan yang telah di bersihkan  kedalam periuk dan bubuh santan....perlahan kan api ....bila ikan dah masak masukkan buah tomato dan chili hijau...perlahan kan api hingga kari naik minyak dan angkat..

Jangan lupa bubuh garam secukup rasa.


Nota :  Selain dari Kepala Ikan, kari sebegini sedap di masak dengan ikan2 yang besar seperti ikan terubuk, merah, duri, keli dan sebagainya....daun kalsum dan bunga kantan menaikan bau kari.....


Sunday, July 17, 2011

Kurma Ayam

Selama lebih kurang 10 hari aku tiada di negara tercinta ini...jadi kami makan apa yang ada sahaja semasa bercuti di negara Western Australia....kadang2 aku goreng jemput2 di rumah yang aku tumpangi untuk bawa bekal dan juga mee hoon goreng dan sebagainya...kerana agak sukar mencari makanan mengikut selera kita di sana terutama di selatan Western Australia....

Bila pulang ke tanah air kami suami isteri terlalu gian sangat nak makan makanan kita...sampai dalam kapal terbang terus order nasi lemak....tiba di tanah air kami terus berhenti di R n R Dengkil dan makan satay di sana...mmm selera sungguh kami...

Pada hari minggu (semalam) suami ku menyuruh aku masak dan makan bersama anak dan cucu.....jadi kami bercadang masak kurma ayam dan aku pun tulis lah apa yang patut di beli....aku masak kurma ayam, sambal belacan dan ulam2 itu sahaja hidangan kami tapi punya lah berselera kami makan anak beranak..habis satu periuk besar kurma ayam dan sambal belacan serta ulam2.....

Bahan nya

2 ekor ayam
2 paket serbuk kurma
1/2 biji santan
1 1/2 cawan susu cair (kalau mahu lemak tambah lagi susu cair)
1 cawan cawan tairu atau yogurt
2 sudu besar tomato puree
20 biji bawang merah
5 biji bawang putih
5 inci halia
5 biji ubi kentang (ikut suka) - potong 4
1 biji lobak merah (ikut suka) potong panjang2 lebih kurang 2 inci
3 biji buah tomato (ikut suka) potong 4
3 biji chili hijau dan 2 biji chili merah - belah dua tapi tak putus
sedikit daun sop dan daun ketumbar - potong panjang2
sedikit kulit kayu manis,bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga
garam dan sedikit gula secukup rasa
minyak sapi dan minyak masak

Cara nya

(a)  bawang merah, putih dan halia di kisar
(b) ayam potong ikut suka size nya dan di cuci serta di perap dengan 1 paket rempah kurma selama lebih kurang 1/2 jam


Panas kan periuk dengan minyak lebih kurang 1 cawan  dan 2 sudu besar minyak sapi.  Tumis bahan (a) dan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga naik wangi kemudian masukkan rempah kurma 1 paket (boleh di campur air atau tumis terus dari paket itu) kerana bawang itu akan melarut kan rempah tersebut.

Bila dah naik wangi masukan ayam yang di gaul dengan rempah tadi dan perlahan kan api serta tutup periuk sebentar.  Bila sudah 1/2 masak ayam campurkan ubi kentang, serta santan, tairu atau yogurt dan susu cair tadi serta tomato puree.  Biarkan ayam agak masak dan ubi kentang sudah empok  baru  campurkan lobak, cili hijau dan merah, buah tomato daun sop dan ketumbar...garam dan gula secukup rasa.bila sudah masak campurkan lagi satu sudu minyak sapi dan perlahankan api.

Masak dan hidang dengan nasi.  Kurma ini aku ambil dari resipi abah ku...kerana kurma nya lain dari yang lain sangat sedap dan lemak...kerana mengandungi susu cair, santan (sedikit aje) tomato puree dan juga minyak sapi...

Selamat mencuba...

Sunday, July 3, 2011

NASI JAGUNG


Hari ini aku balik dari membeli belah untuk anak aku yang jauh di perantauan....aku terasa penat terus ku bersolat dan rehat sebentar dan akhir nya tertidur...sedar2 sudah pukul tiga petang...Perut rasa sangat lapar tapi tidak ada makanan..Aku terus buka fridge dan tengok apa yang ada boleh masak..Tiba2 aku teringat resepi kawan ku Anuar bagi tempoh hari...NASI JAGUNG...baik aku masak nasi jagung hari ini...kerana aku pun jarang makan nasi..dan aku juga perhatikan apa yang boleh di masak untuk buat lauk nya.  Akhir nya aku bercadang masak NASI JAGUNG dan KARI UDANG serta CENONGENG GORENG....perut tengah lapar habis sepinggan aku makan nasi jagung berserta lauk2 nya.  Resepi kawan aku Anuar ni selalu nya menjadi dan sedap di makan....selamat mencuba....

Nasi Jagung
4 cawan beras basmathi
2 cawan jagung

Penumis – (a)
½ cawan minyak jagung
2 helai daun pandan
2 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
6 biji buah pelaga

Dikisar – (b)
2 labu bawang besar
3 cm halia
6 ulas bawang putih

3 cawan air (atau mengikut sukatan biasa)
1 cawan susu cair

Letakkan beras dan jagong di dlm tapisan, siram dan ditoskan

Panaskan minyak jagung dan masukkan rempah penumis (a) kacau sebentar dan masukkan bahan yg dikisar (b) kacau sehingga kuning keemasan, masukkan air dan susu (c) dan garam secukup rasa tunggu sehingga mendidih, masukkan campuran beras dan jagung, Biarkan nasi masak seperti biasa.

Peringatan:

Jika menggunakan periuk nasi elektrik, gunakan kaedah yg sama seperti memasak nasi biasa kecuali tumisan hendaklah dibuat berasingan kemudian barulah dicampurkan kedalam periok nasi bersama-sama beras jagung, air dan susu.

Saturday, July 2, 2011

Murtabak Mee Segera

Aku buka fridge tadi dan aku dapati ada sepinggan lebihan mee segera yang tak habis di makan.  Dari membazir aku bercadang masak Murtabak Mee Segera.  Sangat ringkas dan sedap di makan untuk minuman petang.

Bahan nya
3 biji telur
lebihan mee segera (kalau tak ada lebihan mee segera yang baru di rendam hingga kembang)
bawang besar di hiris
Chili merah di hiris
sedikit garam, lada sulah dan lada hitam
sadikit sayuran seperti kobis, carrot,daun bawang dan daun soup di hiris halus

Cara

Pecah kan telur dan pukul hingga kembang, campurkan sedikit garam,  lada sulah, lada hitam dan pukul lagi.  Bila telur dah agak2 kembang campurkan semua bahan tadi dan di goreng di atas kuali yang tidak melekat. Bila dah garing angkat dan potong2kan seperti potong murtabak.

Senangkan buat nya...sedap di makan cicah dengan sos chili atau tomato....terpulang lah pada selera masing2.


Cara macam ni boleh juga di buat dengan biskut Cream Crackers....nanti jika aku buat nya aku akan download gambar nya dan resipi nya.  Beza nya Murtabak Cream Crackers lagi banyak ramuan nya...seperti stok ayam, cendawan dan lain2...insya Allah akan download satu hari nanti...



Thursday, June 23, 2011

Dim Sum ada lah makanan orang China dan sangat sedap di makan. Tetapi agak sukar mencari yang halal.  Aku dapati Dim Sum ini dari kawan ku, dan selalu nya Dim Sum ni orang stim atau pun goreng.  Oleh kerana aku terasa sangat lapar aku bercadang untuk membuat Dim Sum Soup.  Mmmm memang sedap..dan aku rasa kenyang selepas memakan nya semangkuk tak payah makan nasi yang sememang nya aku cuba elakkan.  Aku makan nasi hanya 2 atau 1 kali sahaja untuk seminggu.

Bahan nya

Frozen Dim Sum (boleh di beli dari supermarket dan pastikan ianya halal) aku dapati dari kawan yang di buat oleh orang Islam sendiri)
Carrot
Brokoli
Bunga Kobis
udang
telur sebiji
bawang putih
chili merah
chili hijau
daun soup dan daun  bawang
sedikit garam dan gula pencukup rasa (kalau bubuh kiub ikan bilis atau ayam tak perlu garam)
Sedikit serbuk lada hitam
(Bagi yang suka pedas boleh di tambah dengan chili padi tumbuk kasar2)

Cara nya

Sayur, chili,  semua di potong.
Didih kan air dan campurkan kesemua bahan tadi dan pecah kan telur.  Biarkan dia masak dan angkat kemudian taburkan daun soup dan daun bawang.

Senang kan? tak ada minyak di sini...sangat sesuai untuk orang macam aku atau orang berdiet jaga pemakanan. Makan panas2 memang sedap walaupun tanpa nasi.


Sunday, June 19, 2011

Kuih Ubi Kayu

Yang sebenarnya aku tak tahu nama  kuih ni.  Aku pernah makan semasa aku menghadiri satu  mesyuarat baru2 ni dan mereka menghidang kuih ini di meja ku...Pada mula nya aku ingat kuih talam tetapi rupa nya bukan...aku makan sedikit dan rasa sangat enak dan cuba perhatikan apa isi kandungan nya serta merasa dengan lidah ku.  Dan akhir aku cuba membuat nya.  Rasa serupa tapi tidak berapa cantik dan kemas mungkin pertama kali buat....kira alhamdullilah menjadi lah kuih ni....sangat sedap di makan semasa minuman petang dengan kopi atau teh....


Bahan nya

Bawah nya (A)
1 kilo ubi kayu
1 sudu besar gula
1 sudu teh garam
dan air untuk merebus

Kesemua bahan di atas rebus bersama air hingga empuk.

Atas nya (B)

1 biji kelapa parut ambil putih nya sahaja
1 cawan gula merah atau melaka (ikut suka kalau suka manis tambah lagi gulanya)
2 sudu teh tepung jagung di bancur dengan setengah cawan air
Sedikit Esen Vanilla atau daun Pandan

kesemua bahan di di campur dan masak di atas dapur dengan api yang perlahan hingga kering air nya.

Bahan (A) di lenyik sampai hancur dan letak atas loyang tekan2kan nya seperti kita membuat nasi hempit dan biarkan.

Bahan (B) taruh atas bahan (A) tadi setelah di tekan2kan dan kelapa itu bagi rata.  Ratakan dengan daun pisang atau plastik....

Kemudian bakar dalam microwave selama 3 min sahaja atau pun dalam oven 10 min dengan suhu yang rendah.

Bila sejuk boleh potong seperti kuih talam.  Pada sesiapa yang suka makan ubi kayu memang rasa nya sangat sedap....selalu kita makan ubi rebus dengan kelapa sekali ini kita cuba buat seolah2 seperti kuih talam.



Seperti kata ku tadi kurang cantik dan kemas tapi insya Allah rasa nya sangat enak.

Saturday, June 18, 2011

Mee Hoon Kungfu

Suami ku balik dari masjid, tiba2 kata dia lapar dan nak makan suruh aku masak....kesian lak aku tengok...jadi aku jenguk dalam fridge apa yang ada yang aku tahu banyak barang2 dah habis stok....aku tengok ada carrot, cendawan, tauhu telur dan udang dan satu biji chili merah ...jadi aku buat keputusan untuk masak mee hoon kungfu walaupun tak ada sayur hijau memadai lah dengan warna carrot dan chili merah...

Bahan nya
carrot
cendawan
tauhu telur - di goreng garing untuk di di tabur ke atas mee hoon
udang
telur
bawang putih - di tumbuk dengan belakang pisau dan potong halus
2 sudu kecil tepung jagung di campurkan dengan sedikit air
minyak masak
minyak bijan
mee hoon - di goreng dengan minyak yg banyak hingga kembang dan angkat  letak atas pinggan hidangan
sedikit stock ayam atau ikan bilis

Cara nya

Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, kemudian campurkan carrot, cendawan dan udang serta sedikit stok ayam atau ikan bilais....campurkan air agak2 1 cawan kemudian biarkan hingga mendidih dan pecahkan telur dan tepung jagung.  Bila dah masak masukkan dalam satu sudu kecil minyak bijan, agak2 dah pekat sedikit (jangan terlalu pekat) angkat kuah tu dan tuangkan ke mee hoon yang di goreng tadi, lepas tu taburkan tauhu telur yang dah goreng garing, bawang goreng.

Note :  Sayur2 boleh ikut suka dan lebih elok kalau ada sayur hijau seperti sawi
            rencah nya, selain udang, boleh di campur sotong dan isi ayam.

Mee Hoon Kungfu ini sangat sedap di makan panas2.