Monday, July 15, 2013

Bila bersahur ni kadang2 mati akal apa nak masak agar berselera untuk keluarga nak makan.... jadi aku dapat idea untuk buat nasi goring....
 

Nasi Goreng Kerabu

1) Bahan untuk di tumbuk atau blend
...
10 biji chili api
sedikit belacan
seggenggam ikan bilis
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih

2) Bahan untuk di potong halus
1 batang serai
2 helai daun limau perut
1 kuntum bunga kantan
1 helai daun kunyit
sedikit kobis
carrot

3) Nasi
Minyak untuk menumis
1 1/2 sudu besar sos ikan
kalau suka ayam, udang bleh juga
1 biji telur
1 sudu teh stok ikan bilis (optional)
sedikit garam dan gula ...

Cara nya

Panas kan minyak dan tumis bahan2 yang di blend, bila naik Wangi nya dan dah agak garing jangan lupa taburkan sedikit garam dan gula, masukkan semua bahan2 yang di potong halus tadi dan pecah kan telur kemudian goring bersama nasi jangan lupa campurkan sos ikan, serbuk ikan bilis ....

Boleh di hidang makan panas2 .... berselera ketika bersahur.

Bahan2 tadi boleh lah agak2 jika mahu pedas tambah lagi chili api tu atau kurangkan klu x suka pedas.
Selamat mencuba

 

Thursday, December 6, 2012

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Aku dalam proses menurunkan berat badan...kerana badan sudah naik terlalu  mendadak...jadi aku kena jaga pemakanan aku...dan hari ini aku masak ayam kurma tanpa minyak dan santan...
 
 
Senang sahaja memasak  nya
 
 
2 ketul daging ayam bahagian dada - buang kulit nya dan di potong kecil
2 sudu rempah kurma
1 biji bawang besar  di potong dadu
2 biji bawang putih potong dadu
Sedikit halia di mayang
2 sudu besar susu segar
Buah tomato di belah dua
Daun celery dan daun ketumbar di potong ikut suka
Perahan lemon ikut suka
Cara memasak nya
 
masukkan 1 cawan air bersama rempah kurma,  bawang besar dan bawang putih serta halia...biar kan hilang bahu rempah itu dan sedikit kering dan masuk kan ayam dan bahan2 lain rebus sampai masak masukan susu segar dan perahan lemon, garam dan sedikit perasa manis spt sweeter...
 
Angkat dan hidang hiaskan dengan daun sawi kecil yang di rebus serta sedikit buah appel dan juga potongan buah limau...hias nak bagi nampak berselera sedikit agak kita tidak makan nasi dan lain...
 
 
 
 
 
 
 


Thursday, October 4, 2012

Soohoo briyani masala

Pagi ini aku teringin nak makan yang berat kerana sudah seminggu aku makan yang ringan2 aje...jadi seperti biasa aku jengok apa yang ada dalam fridge....dan akhirnya aku buat keputusan untuk masak soohoon briyani masala

Bahan nya



2 cekak soohoon di rendam dgn air panas dah kembang angkat dan toskan
2 ulas bawang merah d hiris halus
2 ulas bawang putih d chopped
Satu sudu rempah briyani masala
2 sudu besar tairu
Sedikit kunyit
Udang d bersihkan dan gaul gula dan garam
Daging potong halus2 untuk buat rencah
Sedikit daun ketumbar dan daun sop untuk d hiasan
Sedikit bawang goreng
1 biji bawang besar d potong besar seperti acar

Caranya

Tumis bawang merah dan putih sampai wangi kemudian campurkan rempah briyani masala kacau sampai rata dan naik wangi nya. Jika perlu tambah sedikit air dan tumis naik wangi nya. Taruh daging tairu dan udang...taburkan sedikit garam dan gula. Kemudian bubuh soohoon yg dah rendam tadi, bawang besar dan kacau semua nya sampai sebati....untuk kuningkan sikit bubuh sedikit aje kunyit kacau dan angkat...

Hidangan bubuh daun sop, daun ketumbar dan sedikit , bawang goreng dan sedikit kismis....dan bleh d makan untuk 2 orang ke 3 orang.

Monday, August 27, 2012

Nasi Ayam Sumbat

Ramuan untuk ayam panggang

1 ekor ayam yang agak besar
1 sudu besar madu
2 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar kicap cair
sedikit bawang putih halia dan bawang yang di blend

Gaul kan semua bahan tadi dan perap dalam lebih kurang 1 jam


Ramuan untuk nasi

3 cawan beras brasmathi
2 1/2 cawan air
3 biji bawang besar di blend
3 biji bawang putih di blend
1 ketul halia sebesar ibu jari di blend
3/4 cawan yogurt
minyak jagung untuk menumis
buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga lawang, bunga cengkih untuk menumis
Daun pandan untuk mewangikan nasi

Cara masak nasi

Panaskan minyak jagung  dan tumiskan bahan2 yang di blend bersama buah pelaga, kulit kayu manis,bunga lawang dan bunga cengkih...

Bila naik wangi tumiskan beras yg telah di basuh hingga naik wangi. Kemudian masukkan air dan yogurt serta daun pandan....Pelahankan api  sehingga masak.

Bila nasi dah masak, ambil sebahagian dari nasi dan  sumbat kan dalam ayam hingga penuh... kepit hujung ayam tu dengan lidi atau toothpick....

Masukkan ayam dalam oven dan bakar hingga masak...klu dalam microwave biarkan high dan programme kan dalam 35 min sahaja...kalau oven biasa panaskan hingga 180 ke 200 degree  dan bakar dalam satu jam tetapi kena  tengok2 juga jangan terlalu hitam atau burnt....

Untuk hiasan daun salad aturkan atas pinggan, timun, buah tomato ...jika suka boleh bubuh kacang jagus dan badam yang di goreng taburkan juga serta kismis dan bawang goreng...angkat ayam yang di panggang tu...letakkan atas pinggan dan bubuh lebihan nasi tadi di tepi2 ayam yang di panggang..serta minyak ayam tadi jangan buang ambil sedikit dan sapu atau tuang sikit sikit di atas ayam dan nasi...tapi jangan terlalu berminyak....hiasan ikut suka kita sendiri...

Sekian selamat mencuba....
 

Thursday, August 16, 2012

Salam lama tak masuk sini, bukan tak masak cuma sibuk dan tak sempat nak upload gambar2 ni...ada sikit gambar2 makanan yang di buat semasa ramadan...banyak ciptaan sendiri...



                         Yang ini nasi labu bersama puyuh panggang...nasi nya sedap...


                                              Nasi briyani ikan solmon.....

Asam pedas ikan susu...mungkin dah biasa tapi di tambah dengan buah keras sikit

Ketiaw goreng dan cokodok durian

Monday, December 26, 2011

Kerabu Timun

Hari cuti umum, jadi aku pagi2 dah pergi ke pasar nak buat asam laksa Nyonya resepi nya di sini...kemudian anak sulung ku datang membawa 4 kilo ketam suruh aku masak lemak cili api....mmm masak lah cuma terlupa nak ambil gambar dan upload di sini tapi aku rasa masak lemak cili api semua org tahu kan....kemudian aku tgk timun masih banyak lagi dan terlintas di hati ku nak buat kerabu timun....lama aku tak makan kerabu timun....

Bahan nya

2 biji timun di buang kulit dan potong buang tengah nya
2 labu bawang di mayang halus
2 biji cili merah di mayang halus
1 biji cili hijau di mayang halus
5 biji cili api di mayang halus
buah tomato yang kecil potong dua (kalau yang besar iris halus2 dalam 1 biji)
sedikit lada hitam di tumbuk  halus
2 ekor ikan kembung atau (ikan yang banyak isi nya) di bakar dan ambil isi nya
1/2 biji kelapa ambil santan nya (pekat)
perahan limau atau lemon dalam sesudu besar
sedikit garam dan gula

santan di campurkan lada hitam, isi ikan, garam dan gula masak di atas api yg perlahan bila dan mendidih angkat dan campurkan semua bahan2 yang di atas tadi.

                                                           Kerabu timun

Hampas timun boleh di buat mask muka...rasa kesegaran nya


oleh kerana kerabu timun kita ambil luar nya jadi jangan buang tengah nya kita buat jus timun campurkan lemon dan gula  dan tapis...sangat sedap maaf terlupa pula nak upload gambar  tadi dan hampas nya boleh buat mask...bermakna tidak ada pembaziran ....semua boleh di gunakan....

Saturday, December 3, 2011

Tuna roll

Aku tak tau nak buat apa untuk sarapan pagi ni....anak2 ramai di rumah....seperti biasa aku buka fridge dan aku dapati ada roti wholemeal (macam roti arab)...aku dapati ada ikan tuna....keju, dan daun salad, timun dan lain2....

Mmm aku ada idea nak buat apa...aku bercadang buat roti tuna roll...senang aje buat nya....

Bahan

1 tin ikan tuna
mayyonise
daun salad
timun
bawang
capsicum (cili bulat)
lemon
cheese
wholemeal wraps (roti balutan wholemeal) kalau tak ada boleh juga guna roti tortilla atau roti arab yang nipis
butter atau sandwhich spread
Cara nya

timun, bawang dan capsicum di potong dadu dan perah dengan lemon.
Daun salad separuh di potong halus dan lain tu biarkan

Ikan tuna di campurkan dengan mayyonise

Ambil wholemeal wraps tu dan sapukan dengan butter atau sandwhich spread, kemudian atur daun salad keatasnya.  Kemudian ambil ikan tuna mayonise tu dan rata kan lepastu ambil timun, bawang dan capsicum yang di potong dadu tu tabur ke atas bersama daun salad yang di potong halus tu serta cheese atau keju...

Gulung perlahan dan ketatkan gulungan tersebut, kemudian di potong2 mengikut tebal masing2.
Atur di atas pinggan kemudian panas kan di microwave oven atau oven biasa  (jangan terlalu lama) asal nampak cheese tu cair sikit dah cukup dan boleh lah makan....yummy yummy sedap...




                                                             Tuna Roll

Dengan wrap ni macam2 kita boleh buat di sini aku selitkan 2 gambar yang telah aku buat dengan roti sebegini.....

                                         Roti Kasih Sayang untuk waktu makan tengahhari aku
Ini roti gulung bermadu....aku namakan roti gulung bermadu kerana di dalam nya ada tuna, sambal ikan bilis ada perahan lemon, sayur2 ...ada rasa masam, manis, pedas, manis ....:-)

Roti wholemeal wrap ni nipis dan baik untuk orang yang nak diet...


Friday, November 25, 2011

Spagetti Kari Ikan Tuna

Selepas magrib perut ku terasa lapar, tinggal seorang saja di rumah rasa malas pula nak masak tetapi untuk keluar rumah mencari makanan lagi rasa malas...mahu tak mahu aku terpaksa juga masak untuk mengisi perut yang telah mengeluarkan musik2 yang rock!!!

Seperti biasa ku selongkar cabinet dapur ku dan fridge aku nampak ada spagetti aku keluarkan sedikit dan rebus...aku jumpa ikan tuna....mmm aku kata dalam hati ku buat spagetti ikan tuna lah....

Tapi terfikirlak hanya ikan tuna tak rasa pedas pula lalu ku selongkar lagi dalam fridge aku jumpa santan dalam kotak, bunga kantan, daun kesum....mmmm aku dapat idea lama juga aku tak makan laksa johore apa kata aku buat seolah2 laksa johore cuma aku ubah suaikan kari nya.... dan hasil nya aku masak spagetti kari ikan tuna.....

Bahan nya

secekak spagetti rebus hingga kembang bubuh 1/2 sudu besar minyak dan toskan

Sos nya

1/2 packet kari ikan
1/2 kotak santan atau 1/2 biji santan
1 tin ikan tuna
1 biji buah tomato di potong dadu
1 labu bawang besar di potong dadu
2 ulas bawang putih di potong dadu
sedikit daun kesum dan bunga kantan
1 sudu besar tomato puri
1 sudu besar tomato sos
sedikit minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa
sedikit bawang besar di hiris halus untuk di tabur
daun salad di hiris untuk di tabur
sebiji limau kasturi untuk perahan
chili hijau di hiris dan untuk di tabur

Caranya

Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar putih bila wangi masukkan serbuk kari dan campurkan air sedikit ...tumis hingga garing campurkan tomato yg di potong dadu tadi biarkan ianya larut.  Bila kari dah naik minyak masukkan air sedikit dan masukkan tomato puri, tomato sos biarkan hingga agak2 kering kemudian masukkan kan ikan tuna yg di dalam tin dan masukkan santan masak perlahan2 di atas dapur hingga naik minyak masukkan garam dan gula secukup rasa...

Bila dah masak angkat dan boleh lah di bubuh atas spagetti yang telah di toskan di atas pinggan, boleh lah hiaskan dengan daun salad, hirisan bawang dan limau kasturi...

Kalau ada daun pudina boleh lah bubuh dalam kari tadi...tapi seperti aku katakan aku masak apa yang ada aje ...jadi tidak lah lengkap sangat....tidak rugi untuk mencuba satu kelainan sikit.

Friday, November 18, 2011

Mee Udang Special

Pagi tadi aku tengok kawan ku dari fb upload gambar2 Mee Udang yang dia makan di Penang, aku punya lah terliur hingga terbayang2 udang yg besar2 tu.  Aku tengok lagi gambar dan cuba bayangkan apa yang ada dalam mee tu, lalu apa lagi dengan semangat berkobar2 aku pergi pasar dan beli bahan2 nya. Aku cuba lah masak seperti yang terpapar di gambar tu....alangkah bagus rakan yang upload gambar tu ada  bersama dan rasa mee aku ini...tapi apa2 pun suami ku kata sedap dan habis semangkuk besar kami makan hehehehe....

Bahan2 nya

1/2 bungkus mee kuning
2 sudu besar chili giling atau blend
5 ulas bawang putih di cincang
2 biji bawang besar di cincang
2 ke 3 sudu besar tomato puri
2 ke 3 sudu besar tomato sauce
1 biji telur
1 sudu teh tepung jagung di campur dengan air
1/2 kilo udang besar
secekak sayur sawi
sedikit daun bawang dan daun soup di hiris
chili hijau di hiris
dan 1 biji bawang besar di mayang halus
bawang goreng untuk di hiasan
sedikit minyak untuk menumis
garam dan gula merah secukup rasa kalau suka boleh bubuh ikan bilis cube (tak perlu garam atau tambah sikit sahaja garam
limau kasturi untuk rasa masam sikit
Cara nya

(A)
Udang di bersih kan dan di rebus bila mendidih atau masak angkat jangan rebus terlalu lama airnya di campurkan sedikit gula dan garam
Air rebusan udang di simpan
Siangkan udang itu seperti buang kepala nya, janggut nya agar nampak udang itu kemas tetapi semua bahan udang yg di buang itu di blend and tapis ambil airnya kemudian di campurkan pada air rebusan udang itu semula.

(B)
Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih serta besar yg telah di cincang tadi, kemudian bila dah wangi masukan chili yang di blend tadi....bila dah garing masukkan air rebusan dan tapisan udang masak hingga mendidih, masukkan tomato puri, tomato sauce tadi....masak hingga agak2 pekat dan pecah kan sebiji telur kacau lagi, kemudia masuk kan air tepung jagung tadi,  campurkan sayur, hirisan chili hijau dan udang yang telah di rebus tadi dan seterusnya mee dan angkat jangan tunggu terlalu lama nanti kembang mee nya.

Untuk hiasan taburkan bawang goreng, bawang besar yang di mayang halus, daun bawang dan daun soup di potong halus serta chili hijau dan perahkan limau kasturi dan makan panas2. 

Senang kan? perlu di ingat resipi ni lebih kurang untuk 2 hingga 4 orang, kalau ramai boleh lah tambah lagi ramuan nya dan sesiapa yang suka pedas boleh tambah chili nya lagi, kalau yang suka merah menyala tambahkan tomato puri...

Perbelanjaan tadi lebih kurang RM30 dan boleh di makan untuk empat atau lima orang...aku pernah makan di kedah kalau tak silap  untuk 4 orang berharga lebih kurang RM90 jadi elok lah kita masak sendiri dan sesuaikan lagi untuk selera kita.

Tips nya bila makan di luar cuba rasa dengan lidah dan teka apa ramuan nya dan kalau rajin cari resepi nya di internet dan cuba ubah suai dengan apa yang telah kita rasa....

Selamat mencuba....




Friday, October 28, 2011

Nasi Lemak Planta

Pagi tadi aku teringin nak makan nasi lemak masakan sendiri, simple aje tak banyak lauk dan seperti biasa aku jengok lah Fridge ada apa2 bahan untuk memasak nasi lemak.

Aku lihat ada sekotak santan, planta, dan ikan bilis serta telur dan timun....mmm kata ku cukup untuk masak nasi lemak yang simple cuma aku ubah kan sikit aku bubuh sedikit planta.


Cara nya

2 cawan beras (di basoh dan toskan)
1 kotak kecil santan
3 ulas bawang merah di hiris halus
2 ulas bawang putih di hiris halus
sedikit halia di ketuk2
2 helai daun pandan di ikat simpul
sedikit garam secukup rasa.
sesudu besar planta

Masukkan semua bahan tadi dan tanak nasi dengan rice cooker.  Bila Nasi dah masak campurkan sesudu besar planta dan biarkan.

Nasi akan menjadi berkilat sedikit sebab sudah di gaulkan dengan planta....rasa nasi ni seperti nasi lemak biasa dan sangat sedap.  Biasanya nasi ini boleh tahan sampai kemalam..

Bahan nya
Sambal Ikan Bilis
segenggam ikan bilis yg sudah di basuh dan di buang kepala nya
30 biji cili kering di mesin dan campurkan sedikit aje belacan
1 cube ikan bilis stock
sedikit air asam jawa
minyak untuk menumis
gula merah dan garam secukup rasa
2 labu bawang besar di hiris kasar
5 biji bawang putih dan 5  biji bawang merah di hiris halus untuk menumis
sedikit air asam jawa (sedikit aje)

Cara nya

Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan merah hingga naik wangi dan  masukan cli kering yang di mesin tadi.....perlahan kan api masak cili hingga hilang naik wangi.  Bubuh ikan bilis dan ikan bilis stock biar kan hingga kering chili tadi masukkan sedikit air asam jawa. Jika kering air masukkan sedikit air masak hingga naik minyak nya agak2 dalam 1 jam lagi lama lagi sedap sambal nya. Bubuh bawang besar, gula merah secukup rasa dan biarkan bawang besar tu mesra dengan sambal.

Setelah masak nasi lemak planta boleh di hidang bersama sambal ikan bilis, sedikit kacang goreng , timun dan telur rebus...tetapi aku tambah kan lagi dengan ayam panggang.

Ayam Panggang yg paling ringkas

1/2 ekor ayam di bersihkan dan di potong sederhana size nya
sedikit halia tumbuk
bawang putih tumbuk
bawang merah tumbuk
1 sudu madu
1 sudu kicap manis
1 sudu kicap masin
1 sudu cuka

kesemua bahan2 tadi di gaul dan perapkan dengan ayam...masak di dalam oven atau microwave...klu microwave high dan masak selama 20 minit sahaja.   Kalau oven kepanasan dalam 200 selama 45 minit.

Naaah pagi tadi dapat makan nasi lemak planta bersama sambal ikan bilis dan ayam panggang....kenyangnya hingga tengahari ni..hehehehe






Saturday, September 10, 2011

Soo Hoon

Soo Hoon atau glass noodles sangat sedap di makan di buat sop soo hoon bersama ubi kentang dan telur pun sedap..selalu nya kita buat mee hoon goreng, apa kata kita tukar kan pada soo hoon goreng sangat sedap....

Baru2 ni aku ada cuba buat Kerabu Soo Hoon dan hasil nya sangat sedap....habis semangkuk besar kami makan. Rasa nya tidak jemu, masam2 manis pun ada.

Bahan nya

1 cekak soo hoon di rendam dengan air panas hingga kembang
Udang hidup di gaul dengan garam dan gula kemudian rebus dan toskan (jangan rebus terlalu lama agak2 dah masak angkat)
2 batang serai di hiris halus
1 batang bunga kantan di hiris halus
1 cekak daun kalsum di hiris halus
2 labu bawang besar di hiris halus
1 biji chili merah di hiris halus
5 biji chili padi di hiris halus
sedikit daun ketumbar di potong halus
2 biji limau kasturi di perah air
1 genggam ikan bilis halus di goreng hingga garing
2 sudu teh sos ikan
sedikit gula

Kesemua bahan tadi di gaul hingga mesra.


Sangat sedap di makan bersama nasi atau begitu sahaja

                                  Soo Hoon Goreng di goreng seperti kita masak Mee Hoon Goreng

Friday, September 2, 2011

Durian Goreng

Lepas magrib tadi adik beradik ku datang rumah.  Mereka bagi tau pun last minute jadi aku pun tak sempat nak masak apa2 yang istimewa...aku buka fridge ada apa yang boleh jamu mereka dan akhir nya aku jumpa satu tupperware isi durian yang telah aku beku kan.  Aku bawa keluar dan buat durian goreng....apa lagi licin habis mereka makan, selain dari itu aku sempat goreng samosa yang frozen aku beli dari supermarket...aku sempat buat kerepek pisang dan juga goreng pisang....itu lah makanan2 yang aku jamu pada mereka...alhamdulillah apa yang aku hidangkan semua habis di makan.  Aku pelawa juga nak masak nasi dan makan lauk2 yang aku masak petang tadi seperti masak lemak pisang, sayur goreng dan juga rendang ayam...tetapi mereka lebih suka makan makanan ringan yang bergoreng.....

Bahannya
Isi Durian
sedikit gula dan garam
Tepung goreng pisang
Minyak untuk mengoreng

Cara nya

Lenyekkan isi durian itu bersama gula dan garam simpan dalam freezer.

Bila durian itu dah beku potong empat segi dan celupkan dengan tepung goreng pisang.  Adunan tepung  atau batter tu biar lah agak2 sederhana tak cair dan tak juga pekat.

Selamat mencuba.




Thursday, August 18, 2011

Kuih Lapis Daging

Alhamdulillah bulan puasa ni jarang aku membeli makanan dari luar kerana mungkin faktor umur tekak dah mula cerewet untuk menikmati makanan...Selalu aku tidak puas hati dengan makanan di luar...Hari ini aku teringin nak makan Kuih Lapis Daging...aku tidak ada resipi nya tapi aku cuba buat dan alhamdulillah menjadi juga tetapi rupa tak lah berapa cantik dan aku sudah dapat tau di mana silap nya....

Bahan nya

Biskut Cream Crackers
Susu Cair atau susu segar
400g minced meat (daging cincang boleh di beli dari supermarket)
1 sudu teh jintan manis - di tumbuk kasar
1 sudu teh jintan putih - di tumbuk kasar
1 sudu teh rempah kurma (ini terpulang kalau suka campurkan)
1 sudu teh ketumbar biji (pilih yang kecil kerana baunya lebih sedap) - di tumbuk kasar
1 sudu teh lada hitam di tumbuk halus dan sedikit lada sulah
1 biji bawang besar
2 biji bawang merah (kalau tak ada pun tak apa)
2 ulas bawang putih
2 biji telur di pukul seperti buat telur dadar
1/2 batang lobak merak jika suka
sedikit daun sop dan daun ketumbar
2 sudu besar minyak masak untuk menumis daging
garam dan gula secukup rasa
sedikit keju untuk di taburkan keatas biskut lapisan yang teratas (keju terpulang lah cheddar cheese pun boleh  dan ini terpulang juga jika tidak suka keju tak payah bubuh)
1 biji telur di pukul dan taburkan ke atas biskut lapisan yang teratas

Cara nya

Biskut cream crackers di rendam ke dalam susu hingga kembang tapi jangan hancur

Bawang2 di potong cube kecil
Lobak merah di potong halus
dau sop dan minyak di potong halus

panas kan minyak masak tumis kan  jintan manis, jintan putih dan ketumbar biji hingga naik bau nya dan masukkan bawang2 yang di potong cube kecil itu dan masukkan juga rempah kurma, ...kemudian campurkan daging cincang itu dan tumis hingga masak. masukan lobak merah, daun sop dan ketumbar kacau semula dan campurkan lada hitam dan lada sulah... dan bila daging dah betul2 masak angkat dan sejukkan. Jangan lupa masukkan garam dan gula secukup rasa.

Telur di pukul seperti buat telur dadar masukkan sedikit garam ...campurkan semua daging cincang yang di masak tadi.

Ambil loyang..sapukan butter sedikit kemudian aturkan biskut cream crackers yang di rendam elok2 bagi selapis....bila di aturkan dengan baik masukkan sebahagian daging cincang yang di campur telur ke atas nya....bila dah selarikan atur  lagi biskut cream crackers yang di rendam dengan susu tadi seperti mula2 tadi.....masukkan semula daging tadi...dan seperti tadi bila dah rata tutup dengan biskut cream crackers

Taburkan sedikit cheese atas biskut tadi dan 1 biji telur yang telah di pukul ke atas biskut cream crackers tadi...boleh  dan bakar 200 degree lebih kurang 15 minit ke 20 minit.

Apabila sudah masak sejukkan dan boleh di potong persegi2 .




Perhatian...Biskut itu hendak lah di rendam hingga betul2 kembang agar dia lembut tapi jangan sampai pecah.  Jika di rendam dengan susu cair kurang kan garam.  Tetapi kalau di rendam dengan susu segar bubuh lah garam seperti biasa.

Kuih lapis daging yang di buat ini ada sedikit kekurangan sebab biskut nya tidak cukup lembut
ketika di aturkan di lapisan yang teratas....

Selamat mencuba

Saturday, August 6, 2011

Kari Kambing dan Nasi Briyani Masala

Hari ini suami ku meminta ku memasak kari kambing dan nasi briyani untuk berbuka puasa...aku pun turuti perintah atas kehendak nya, lagi pun aku pun gemar juga makan kari kambing ni.....suami ku pergi membeli kambing dan buah tomato serta daun pudina...kerana bahan2 yang lain  aku kira ada di rumah.....

Aku sempat singgah ke pasar Chow Kit untuk membeli belah sedikit mana tau ada barang2 yang ku rasa patut ku tambah stok di rumah...memang betul aku nampak rempah ratus di bungkus rapi seperti jintan putih, jintan manis, buah keras dan sebagainya....seronok juga sekali sekala ku pergi pasar ni macam2 ada...yang sebenar nya Pasar Chow Kit ni sangat berdekatan di pejabat ku hanya berjalan kaki sahaja tapi boleh di kira berapa kali lah aku singgah ke sana...kerana kesuntukan masa dan sudah semesti aku tidak akan pergi kepasar waktu rehat kerana takut badan ku bau pasar...busuk nanti puas rakan2 kerja ku tutup hidung hehehehe.. 

Nasi Briyani Masala

2 cawan beras kalau boleh beras mathi
2 cawan air
3/4 cawan susu cair
sedikit kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih
2 sudu besar rempah masala briyani (boleh beli di kedai India atau di pasaraya)
1 biji buah tomato yang potong2 halus atau empat terpulang lah

Bahan yang di blend
10 biji bawang merah
5 biji bawang putih
seketul halia

sehelai daun pandan
secekak daun pudina
secekak daun ketumbar

1/2 cawan minyak
1 sudu minyak sapi
1 sudu butter

garam secukup rasa

Cara memasak nya

Basuh beras dan toskan
Panaskan periuk dan masukan minyak masak dan panaskan, kemudian masukan juga minyak sapi...
tumiskan bahan2 yang di blend berserta kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga.. bila dah wangi masukkan juga rempah briyani masala dan  biarkan naik minyak...aku juga masukkan sedikit lemak2 kambing...dan juga buah tomato yang sudah di potong.

Bila rempah dah naik bau nya campurkan air, susu dan juga beras serta daun pandan serta garam secukupnya.

Biarkan mendidih hampir masak campurkan daun pudina dan daun ketumbar bila nasi dah masak masuk kan seketul butter dan kacau, tutup sebentar bila butter dah mesra dengan nasi  bolehlah  di hidang bersama kari kambing.

Kari Kambing

1 kilo daging kambing ada sedikit lemak2 nya
2 biji ubi kentang
1 batang lobak merah
1 paket kari daging
sedikit kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang  dan bunga cengkih
1 biji buah tomato

Bahan untuk di blend
15 biji bawang merah
7 biji bawang putih
1 ketul besar halia
1/2 sudu teh jintan putih
1/2 sudu teh jintan manis

1/2 biji santan
1/2 cawan susu cair
2 sudu yogurt atau tairu
1 sudu tomato puri
1 helai daun pandan
secekak daun pudina
secekak daun ketumbar
1 biji chili hijau
1 biji chili merah
1 biji buah tomato di potong 4
minyak untuk menumis
1 ketul butter
sedikit garam dan gula merah secukup rasa

Cara  nya

Daging kambing di potong2 tidak terlalu besar atau kecil sederhana sahaja
dan basuh di perap kan sedkit sesudu besar dengan bahan diblend

Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan2 seperi kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih serta lebihan bahan2 yang di blend tadi  dan naik wangi nya campurkan kari daging tadi...perlahan kan api biar kan kari tu naik wangi nya jika agak kering campurkan sedikit air...campurkan daging yang di perap tadi dan ubi kentang, lobak merah serta sebiji buah tomato yang di potong2 dan juga daun pandan campurkan sedikit air lagi agar kari tu jangan kering.

Biarkan daging sampai empuk begitu juga dengan ubi kentang dan lobak merah...sambil2 tu tengok2 lah jangan kari tu sampai kering....tambah2 lah sedikit air...bila semua dah empuk campurkan tairu tadi, susu cari dan juga santan serta sesudu tomato puri.....pelahan kan api...bila semua dah naik minyak dan bau harum masukan secekak daun pudina dan daun ketumbar, chili merah dan hijau.  Biarkan sampai masak dan semua dah masak bubuh seketul butter dan tutup periuk. 

Nota :  Kari ni tidak terlalu pekat atau cair...jadi tengok2 lah semasa masak tu jangan terlalu kering sebelum masukkan tairu, susu cair dan santan..




Nasi briyani sedap di makan dengan kari kambing dan papadom serta ulaman timun, buah tomato dan daun pudina.



Sunday, July 31, 2011

Kari Kepala Ikan

Suami ku teringin nak makan kari kepala ikan seperti masakan arwah ibu nya...aku pun suruh lah dia beli bunga kantan, daun kalsum dan juga daun kari....santan setengah biji.

Aku balik kerja terus ku ke dapur dan semua barang2 yang ku pinta ada di dapur. Ku bersihkan ikan dan perahkan asam limau serta gaulkan garam dan perap kan untuk hilangkan bau hanyir ikan itu.

Cara memasak Kari Kepala Ikan seperti biasa sahaja.  Aku kira semua orang boleh masak kari ikan....cuma beza nya aku campurkan sikit bunga kantan, daun kalsum dan juga daun kari....

Bahan nya

2 sudu besar serbuk kari ikan
15 biji bawang merah
5 biji bawang putih
seketul kecil halia
2 biji buah tomato
3 biji chili hijau
1 kuntum bunga kantan
sedikit daun kalsum
sedikit daun kari
kepala ikan merah atau jenahak
1 sudu teh jintan putih dan manis - di tumbuk halus
1 cawan minyak masak

sedikit asam jawa ikut selera kalau suka masam bubuh banyak dan perah kan dalam air
1/2 biji santan

cara nya
bawang putih, bawang merah dan halia di blend

Tumis bawang dan halia yang di blend dan daun kari hingga naik wangi, kemudian masuk kan serbuk kari serta jintan manis dan putih yang telah di tumbuk.  Perlahan kan api dan tutup periuk.  Masak hingga kari  naik minyak atau wangi. 

Masukkan 1 biji tomato yang di potong 4...masak kari itu hingga tomato larut...masukkan 2 cawan asam jawa.  Masukkan bunga kantan dan daun kalsum..  Biar lah kari itu mendidih.

Bila mendidih bubuh kepala ikan yang telah di bersihkan  kedalam periuk dan bubuh santan....perlahan kan api ....bila ikan dah masak masukkan buah tomato dan chili hijau...perlahan kan api hingga kari naik minyak dan angkat..

Jangan lupa bubuh garam secukup rasa.


Nota :  Selain dari Kepala Ikan, kari sebegini sedap di masak dengan ikan2 yang besar seperti ikan terubuk, merah, duri, keli dan sebagainya....daun kalsum dan bunga kantan menaikan bau kari.....


Sunday, July 17, 2011

Kurma Ayam

Selama lebih kurang 10 hari aku tiada di negara tercinta ini...jadi kami makan apa yang ada sahaja semasa bercuti di negara Western Australia....kadang2 aku goreng jemput2 di rumah yang aku tumpangi untuk bawa bekal dan juga mee hoon goreng dan sebagainya...kerana agak sukar mencari makanan mengikut selera kita di sana terutama di selatan Western Australia....

Bila pulang ke tanah air kami suami isteri terlalu gian sangat nak makan makanan kita...sampai dalam kapal terbang terus order nasi lemak....tiba di tanah air kami terus berhenti di R n R Dengkil dan makan satay di sana...mmm selera sungguh kami...

Pada hari minggu (semalam) suami ku menyuruh aku masak dan makan bersama anak dan cucu.....jadi kami bercadang masak kurma ayam dan aku pun tulis lah apa yang patut di beli....aku masak kurma ayam, sambal belacan dan ulam2 itu sahaja hidangan kami tapi punya lah berselera kami makan anak beranak..habis satu periuk besar kurma ayam dan sambal belacan serta ulam2.....

Bahan nya

2 ekor ayam
2 paket serbuk kurma
1/2 biji santan
1 1/2 cawan susu cair (kalau mahu lemak tambah lagi susu cair)
1 cawan cawan tairu atau yogurt
2 sudu besar tomato puree
20 biji bawang merah
5 biji bawang putih
5 inci halia
5 biji ubi kentang (ikut suka) - potong 4
1 biji lobak merah (ikut suka) potong panjang2 lebih kurang 2 inci
3 biji buah tomato (ikut suka) potong 4
3 biji chili hijau dan 2 biji chili merah - belah dua tapi tak putus
sedikit daun sop dan daun ketumbar - potong panjang2
sedikit kulit kayu manis,bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga
garam dan sedikit gula secukup rasa
minyak sapi dan minyak masak

Cara nya

(a)  bawang merah, putih dan halia di kisar
(b) ayam potong ikut suka size nya dan di cuci serta di perap dengan 1 paket rempah kurma selama lebih kurang 1/2 jam


Panas kan periuk dengan minyak lebih kurang 1 cawan  dan 2 sudu besar minyak sapi.  Tumis bahan (a) dan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga naik wangi kemudian masukkan rempah kurma 1 paket (boleh di campur air atau tumis terus dari paket itu) kerana bawang itu akan melarut kan rempah tersebut.

Bila dah naik wangi masukan ayam yang di gaul dengan rempah tadi dan perlahan kan api serta tutup periuk sebentar.  Bila sudah 1/2 masak ayam campurkan ubi kentang, serta santan, tairu atau yogurt dan susu cair tadi serta tomato puree.  Biarkan ayam agak masak dan ubi kentang sudah empok  baru  campurkan lobak, cili hijau dan merah, buah tomato daun sop dan ketumbar...garam dan gula secukup rasa.bila sudah masak campurkan lagi satu sudu minyak sapi dan perlahankan api.

Masak dan hidang dengan nasi.  Kurma ini aku ambil dari resipi abah ku...kerana kurma nya lain dari yang lain sangat sedap dan lemak...kerana mengandungi susu cair, santan (sedikit aje) tomato puree dan juga minyak sapi...

Selamat mencuba...

Sunday, July 3, 2011

NASI JAGUNG


Hari ini aku balik dari membeli belah untuk anak aku yang jauh di perantauan....aku terasa penat terus ku bersolat dan rehat sebentar dan akhir nya tertidur...sedar2 sudah pukul tiga petang...Perut rasa sangat lapar tapi tidak ada makanan..Aku terus buka fridge dan tengok apa yang ada boleh masak..Tiba2 aku teringat resepi kawan ku Anuar bagi tempoh hari...NASI JAGUNG...baik aku masak nasi jagung hari ini...kerana aku pun jarang makan nasi..dan aku juga perhatikan apa yang boleh di masak untuk buat lauk nya.  Akhir nya aku bercadang masak NASI JAGUNG dan KARI UDANG serta CENONGENG GORENG....perut tengah lapar habis sepinggan aku makan nasi jagung berserta lauk2 nya.  Resepi kawan aku Anuar ni selalu nya menjadi dan sedap di makan....selamat mencuba....

Nasi Jagung
4 cawan beras basmathi
2 cawan jagung

Penumis – (a)
½ cawan minyak jagung
2 helai daun pandan
2 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
6 biji buah pelaga

Dikisar – (b)
2 labu bawang besar
3 cm halia
6 ulas bawang putih

3 cawan air (atau mengikut sukatan biasa)
1 cawan susu cair

Letakkan beras dan jagong di dlm tapisan, siram dan ditoskan

Panaskan minyak jagung dan masukkan rempah penumis (a) kacau sebentar dan masukkan bahan yg dikisar (b) kacau sehingga kuning keemasan, masukkan air dan susu (c) dan garam secukup rasa tunggu sehingga mendidih, masukkan campuran beras dan jagung, Biarkan nasi masak seperti biasa.

Peringatan:

Jika menggunakan periuk nasi elektrik, gunakan kaedah yg sama seperti memasak nasi biasa kecuali tumisan hendaklah dibuat berasingan kemudian barulah dicampurkan kedalam periok nasi bersama-sama beras jagung, air dan susu.

Saturday, July 2, 2011

Murtabak Mee Segera

Aku buka fridge tadi dan aku dapati ada sepinggan lebihan mee segera yang tak habis di makan.  Dari membazir aku bercadang masak Murtabak Mee Segera.  Sangat ringkas dan sedap di makan untuk minuman petang.

Bahan nya
3 biji telur
lebihan mee segera (kalau tak ada lebihan mee segera yang baru di rendam hingga kembang)
bawang besar di hiris
Chili merah di hiris
sedikit garam, lada sulah dan lada hitam
sadikit sayuran seperti kobis, carrot,daun bawang dan daun soup di hiris halus

Cara

Pecah kan telur dan pukul hingga kembang, campurkan sedikit garam,  lada sulah, lada hitam dan pukul lagi.  Bila telur dah agak2 kembang campurkan semua bahan tadi dan di goreng di atas kuali yang tidak melekat. Bila dah garing angkat dan potong2kan seperti potong murtabak.

Senangkan buat nya...sedap di makan cicah dengan sos chili atau tomato....terpulang lah pada selera masing2.


Cara macam ni boleh juga di buat dengan biskut Cream Crackers....nanti jika aku buat nya aku akan download gambar nya dan resipi nya.  Beza nya Murtabak Cream Crackers lagi banyak ramuan nya...seperti stok ayam, cendawan dan lain2...insya Allah akan download satu hari nanti...



Thursday, June 23, 2011

Dim Sum ada lah makanan orang China dan sangat sedap di makan. Tetapi agak sukar mencari yang halal.  Aku dapati Dim Sum ini dari kawan ku, dan selalu nya Dim Sum ni orang stim atau pun goreng.  Oleh kerana aku terasa sangat lapar aku bercadang untuk membuat Dim Sum Soup.  Mmmm memang sedap..dan aku rasa kenyang selepas memakan nya semangkuk tak payah makan nasi yang sememang nya aku cuba elakkan.  Aku makan nasi hanya 2 atau 1 kali sahaja untuk seminggu.

Bahan nya

Frozen Dim Sum (boleh di beli dari supermarket dan pastikan ianya halal) aku dapati dari kawan yang di buat oleh orang Islam sendiri)
Carrot
Brokoli
Bunga Kobis
udang
telur sebiji
bawang putih
chili merah
chili hijau
daun soup dan daun  bawang
sedikit garam dan gula pencukup rasa (kalau bubuh kiub ikan bilis atau ayam tak perlu garam)
Sedikit serbuk lada hitam
(Bagi yang suka pedas boleh di tambah dengan chili padi tumbuk kasar2)

Cara nya

Sayur, chili,  semua di potong.
Didih kan air dan campurkan kesemua bahan tadi dan pecah kan telur.  Biarkan dia masak dan angkat kemudian taburkan daun soup dan daun bawang.

Senang kan? tak ada minyak di sini...sangat sesuai untuk orang macam aku atau orang berdiet jaga pemakanan. Makan panas2 memang sedap walaupun tanpa nasi.


Sunday, June 19, 2011

Kuih Ubi Kayu

Yang sebenarnya aku tak tahu nama  kuih ni.  Aku pernah makan semasa aku menghadiri satu  mesyuarat baru2 ni dan mereka menghidang kuih ini di meja ku...Pada mula nya aku ingat kuih talam tetapi rupa nya bukan...aku makan sedikit dan rasa sangat enak dan cuba perhatikan apa isi kandungan nya serta merasa dengan lidah ku.  Dan akhir aku cuba membuat nya.  Rasa serupa tapi tidak berapa cantik dan kemas mungkin pertama kali buat....kira alhamdullilah menjadi lah kuih ni....sangat sedap di makan semasa minuman petang dengan kopi atau teh....


Bahan nya

Bawah nya (A)
1 kilo ubi kayu
1 sudu besar gula
1 sudu teh garam
dan air untuk merebus

Kesemua bahan di atas rebus bersama air hingga empuk.

Atas nya (B)

1 biji kelapa parut ambil putih nya sahaja
1 cawan gula merah atau melaka (ikut suka kalau suka manis tambah lagi gulanya)
2 sudu teh tepung jagung di bancur dengan setengah cawan air
Sedikit Esen Vanilla atau daun Pandan

kesemua bahan di di campur dan masak di atas dapur dengan api yang perlahan hingga kering air nya.

Bahan (A) di lenyik sampai hancur dan letak atas loyang tekan2kan nya seperti kita membuat nasi hempit dan biarkan.

Bahan (B) taruh atas bahan (A) tadi setelah di tekan2kan dan kelapa itu bagi rata.  Ratakan dengan daun pisang atau plastik....

Kemudian bakar dalam microwave selama 3 min sahaja atau pun dalam oven 10 min dengan suhu yang rendah.

Bila sejuk boleh potong seperti kuih talam.  Pada sesiapa yang suka makan ubi kayu memang rasa nya sangat sedap....selalu kita makan ubi rebus dengan kelapa sekali ini kita cuba buat seolah2 seperti kuih talam.



Seperti kata ku tadi kurang cantik dan kemas tapi insya Allah rasa nya sangat enak.